RSS

Tuesday, June 2, 2009

Laporan Berita : Istiadat Konvokesyen UiTM ke 70 (Part 1)

Istiadat Konvokesyen ke 70 Universiti Teknologi Mara telah pun berlangsung dengan jayanya. Para graduan bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kep.) telah pun menerima ijazah mereka pada hari Khamis bersamaan 28hb Maei 2009 , Sidang Keempat. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan perarakan graduan masuk ke Dewan Sri Budiman. Suasana amat meriah sekali kerana kehadiran para ibu bapa dan sanak saudara serta rakan taulan yang sama-sama meraikan kejayaan. Kegembiraan jelas terpancar.

Sekian, terima kasihhh!

* skema..hahaha

-------------------------------------------------------------------------------

aku memulakan perjalanan ke shah alam awal sehari memandangkan Sidang Keempat adalah pada sebelah pagi. di awal rancangan, rombongan cik kiah kami sepatutnya disertai oleh stepmom aku dan dua orang adikku kerana selain bertujuan menghadiri majlis konvo aku, stepmom aku sebenarnya nak gi beli kerusi pengantin * stepmom aku ada bridal shop* ..

apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, rancangan itu terpaksa ditukar lantaran adik ku yang bongsu itu mengalami demam teruk. so, rombongan cik kiah ke shah alam hanya disertai oleh kazen aku, fara si bidan terjun dan adik perempuanku, anis *okla tuh, at least tak la sebatang kara sangat..heee..*

kami memulakan perjalanan ke shah alam lebih kurang pukul 10.30 pagi. dengan gaya pemanduan yang sangat berhemah *cess, jejak gak 160km/j. tak sedar beb*, kami tiba di shah alam lebih kurang pukul 2.30 petang. asalnya mahu terus ke tempat penginapan kami di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam..tetapi tangan aku gatal lak nak kol si anas.

Aku : salam..hello hello hello..kopi dan milo.ko katne?ko keje tak ari ni?

anas : aku kat rawang. tak keje.

aku : oh..ok.kitorang lapar la.jom makan.

anas : datang ar sini amek aku.

* sebenarnya anas kelentong aku, dia keje rupanya..aku pulak kena tunggu dia.cess.. then, kitorang gi makan la kat area rawang. dekat2 ngan maybank tempat anas keje tuh. zul pun ada sekali, anas kol suh datang.

so after makan, kami ke shah alam semula. aku dan rombongan terus check in. yang kelakarnya kat sini kan, diorang punye staff tuh gelabah bila dia tengok nama aku. ada ke dia tanya, betul ke nih? aku cakap, betulla..dia cakap, takpe cik. beg sume kitorang hantar, kereta kitorang parkingkan. cik masuk je dalam.

aku terpinga-pinga.paiseh.nape lak mamat nih.

then aku tanya la.kenapa ek?

dia jawab, tak boleh cik. ini protokol. cik ni vip..
* bias! aperaa..ade aku kesah ke?
tapi ada gak bagusnya, macam2 benda sampai kat bilik aku.hehe..
hari pun sudah lewat petang, maka kami pun berehat2 sahaja di bilik..

after maghrib, kami keluar jalan2 sebentar di SACC dan then having dinner.lokasinya mana lagi..kedai kopi tuh la..* sebab aku mengidam nak makan shah alam beef kueh teow..heee..

selepas itu, kami pulang ke hotel semula dan tido..
zzzz..esok kena bangun awal!

Monday, May 25, 2009

Pre-Convocation : Part 3

alkisahnya en. Mahfuz a.k.a CMP telah menyatakan hasratnya untuk pulang ke JB bersamaku hari itu.so, after nyam2, kami follow CMP ke officeya.katanya mahu mengambil barang dahulu sebelum pulang ke JB bersama-sama.

Office CMP yang letaknya di Damansara *kalau tak silap aku la* merupakan pusat jualan kenderaan baru dan terpakai. kami sangatlah teruja melihat kereta2 yang dipamerkan di situ kerana semuanya hot2 belaka dan berharga ratusan ribu ringgit.sempat gak la tanya price untuk kereta idaman aku *ceh, macam banyak duit la kan*

keinginan kami untuk lekas pulang ke JB terbantut dek kerana hujan yang turun mencurah2.kami berbual-bual sebentar sambil menunggu hujan reda sedikit.

nak dijadikan cerita, CMP tidak jadi mengikutku pulang bersama-sama kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. jadi, dengan hati yang mulia CMP menawarkan diri untuk me'reverse'kan kereta aku di dalam hujan yang lebat itu.

nak tau apa yang berlaku?

haaa..

sewaktu CMP me'reverse'kan kereta aku, tiba-tiba..GEDEGAAANGGG!
CMP melanggar tiang!* anom yang merupakan saksi kejadian kerana pada ketika itu aku dalam posisi menoleh ke belakang.

muka ku tersenyum kelat selepas di beritahu tentang kejadian itu.

CMP yang dalam keadaan panik, untuk kali keduanya hampir2 pula menyagat kereta Bentley yang berharga RM 750K..aku tersenyum kelat lagi..

hai CMP, macam mana la kau bawak kereta nih. kecederaan kereta ku agak teruk kerana daya pelanggaran agak kuat.lampu confirm pecah, bumper pun pecah, dan ada bahagian2 yang kemek dan perlu diketuk.* mati!macam mana nak bagitau my daddy nih.aku menjadi petak.*

CMP berulang kali meminta maaf, katanya nanti dia ganti. ok la.tak kisah,CMP tidak sengaja kerana blind spotnya tidak berfungsi dengan baik ketika itu.

aku juga melahirkan rasa syukur kerana bukan Toyota Wish aku yang ditimpa kecederaan.biasanya aku ke KL memandu Toyota Wish tersebut *tak bawak sebab roadtax and isurance mati, belum ada duit nak renew.ngehee* tapi kali ini aku memandu kereta yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.kalau tak, lagi parah.

kejadian ini kami jadikan sebagai pengajaran.

esoknya, my daddy datang ke rumah.aku menunjukkan kecederaan kereta.nasib baik tak membebel, dia cakap gi cepat hantar repair kat kedai MEOW..fuhhh~ alhamdulillah..

Pre-Convocation : Part 2


konvoi disertai 5 buah kereta menghala ke Kedai Kopi berhampiran Dataran 2, Shah Alam. Ya Allah, kami kebuluran!

Sambil menunggu makanan sampai, perbualan menjadi sangat rancak.yelah, almost 5 months tak jumpa kan.so, update story la!

happening gile!


mak lapar, nyah!!

abang waiter yang charee!



pilih la anom jadi pacarmu!ahakz!

barisan hakim yang adil lagi bijaksana..


Setelah perut semua kenyang, kami pun bergerak pulang.dalam kul 6 la gitu..anom, fana dan mahfuz balik jb sekali ngan aku.
So, dearest friends, Happy Convocation Guys!!see ya on Thursday!!




Pre-Convocation : Part 1

Bila nak konvo nih, tau la kan, kena gi ambil jubah * aku rasa pembaziran wang ringgit berlaku di sini kerana terpaksa berulang-alik dua kali.hope that after this UiTM boleh consider la.bukan semua orang ada duit ^-^*

on 23rd aku gerak ke shah alam around 11 a.m. ngam2 sampai sana dekat2 kul 2.before that dah calling2 budak2 dulu - scott, pearuz, mahfuz, pejal etc. pearuz dah ambil dulu, so..tinggal aku,scott, a'an and anis je..suasana agak kecoh la coz dapat jubah besar.mula2 aku dapat 'S' size, bapak labuh tak nampak kaki. then, aku dapat tukar 'XS' * jangan jeles scott kerana aku semakin mengecil..ngehee..*




lepas ambil jubah, sambil tunggu mahfuz, sal and mar selesai urusan ambil jubah..kami melepak la, sambil bergossip.kejap sana, kejap kat sini, da cam pelarian pun ada gak..walaupun muka semua da berkilat, tapi kami masih maintain!ahaks! * snap gamba adalah rutin wajib!*





jadi, setelah berbincang, kami sepakat untuk gerak mencari nyam2 dalam kul 4+..




Friday, May 22, 2009

adam lambert vs kris allen

semalam aku mc..so 1 hari duk umah - resting sambil watching tv.
aku tak sure la either american idol the grand finals @channel 711 yg aku tengok semalam tuh siaran ulangan atau tak.
tengok je la.
tak puas hati beb!
mula2 aku ingatkan adam lambert ngan danny gokey yang gi final..
ternyata danny terkandas kat top 3..

so, finalist - adam & kris..

adam tuh memang aku da expect la dia gi final coz aku minat dia sejak awal lagi and dia nih unique and original, bak kata simon kan..
aku suke gile masa dia perform untuk theme motown.
pergh~ melting wooo~
and performance dia every week memang mengancam!

kris ni plak aku budget da terkeluar masa top 4.
tapi jangkaanku meleset sama sekali.
maybe dapat vote sebab muka hensem.
* tapi adam pun hensem!heh!

so, masa perform kat final, memang nampak performance adam lebih bagus daripada kris.
masa dia nyanyi ngan band kiss tuh..
mak aii!dah cam lead vocal band tuh plak * even aku tak suke dia pakai kasut platform or bleh dikata wedges cam pompuan tuh and baju yang ada kepak tuh,and gitaris kiss yang asyik jelirkan lidah :P
pape pun performance dia memang mantoppp!
setakat nih la, bagi la lagu genre ape pun, aku tengok adam memang belasah je - boleh nyanyi beb!versatile!


and kris pun aku tengok berbakat..
just in my opinion, dia menang sebab maybe fans Danny Gokey yang banyak vote..
haha!
sorry kris, bukan tak minat u, but i prefer adam..
whatever it is, congratulations for both!


p/s : satu faktor lagi yang memungkinkan american tak vote adam - maybe kenyataan dia beberapa hari sebelum grand finals - saya bukan lah lelaki sangat.. erk~

kris allen & adam lambert



Wednesday, May 20, 2009

.message.

RM0. Red Box Karaoke Pelangi JB mengadakan Pertandingan Suara Karaoke HAI, Hadiah Pertama RM5,000 TUNAI, 30/05/09 bermula 10:30 pagi.

---------------------------------------------------------------------------

hati berbisik.
masuk bagus gak nih.
saje test bakat terpendam.
haha.
kalau menang, RM5000 woo!!
sape taknak kan.
boleh buat modal g bandung.
haha.
berangan lebey~

p/s : semalam my stepmom suggest aku masuk Ratu Kebaya pulak.haha.

Tuesday, May 19, 2009

Dugaan Hidup

aku tertarik dengan satu entri dalam blog scott.tentang baby fifi.sebagaimana yang aku maklum, selepas kematian ibu, fifi dijaga oleh kakak dan adik-beradiknya yang lain.aku sangat terharu dengan ketabahan dan kecekalan si kakak menguruskan adik-adiknya, menggalas tugas sebagai ibu padahal dia masih bersekolah. Sungguh bertanggungjawab anak itu.Selepas kematian ibu, sekali lagi anak-anak tersebut diduga..kali ini, tunjang hidup mereka pula iaitu si ayah pergi menghadap Ilahi.* tak tau nak gambarkan perasaan aku ketika membaca entri tersebut.mata sememangnya sudah berkaca-kaca.sedih~

jikalau aku berada di tempatnya, sudah pasti aku tidak tahu nak berbuat apa-apa.confirm menangis,menangis dan menangis..tapi, si kakak yang baru berusia 14 tahun tuh dah boleh pikul tanggungjawab coz dia yang beria-ia nak jaga adik-adiknya.Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusannya.

Aku jadikan ini semua pengajaran.kalo kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih susah.*betul cakap scott..

Jadi, ingatlah, sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.

Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.

Firman Allah yang bermaksud: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.

Aku berharap kakak kepada Fifi itu sabar menghadapi setiap dugaan hidup. Aku berharap agar dirinya sentiasa kuat,demi adik-adik yang masih kecil. Semua ini pasti ada hikmahnya.

p/s : hadapi dengan senyuman.boleh ke?

Mengurus hutang dengan baik

Bagi memastikan anda tidak terperangkap dengan hutang yang membebankan, tip berikut mungkin berguna:

1. Meminjam secara berhemat.
- Jangan meminjam lebih daripada apa yang anda mampu bayar dengan pendapatan yang diterima setiap bulan. Jika anda mengira tahap kemampuan kewangan anda, jangan lupa untuk menyertakan kos tambahan yang mungkin ada. Contohnya, jika anda ingin membeli kereta, anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan untuk minyak, bayaran tol dan penyelenggaraan.

2. Urus kad kredit anda dengan bijak.
- Cuba jelaskan baki anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah. Caj faedah kad kredit selalunya lebih tinggi berbanding jenis pinjaman lain.

3. Kurangkan hutang anda.
- Cuba kurangkan jumlah hutang anda jika mempunyai wang tambahan untuk mengurangkan caj faedah.

4. Gunakan kaedah pembayaran bil secara automatik.
- Cari kemudahan pembayaran automatik supaya bil anda sentiasa dibayar tepat pada waktunya.

5. Buat belanjawan.
- Sediakan satu belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.
Mulakan simpanan.
- Mulakan pelan simpanan anda untuk mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi sebarang pembelian kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung hidup anda jika anda kehilangan kerja.

Bagaimana pula kita dapat mengetahui sama ada kita menghadapi masalah bebanan hutang. Untuk menemui jawapannya, anda perlu menjawab soalan berikut dengan jujur.

1. Adakah perbelanjaan anda melebihi pendapatan?
2. Adakah had kad kredit anda digunakan sepenuhnya?
3. Adakah anda sering meminjam wang untuk perbelanjaan seharian?
4. Adakah anda hanya menjelaskan bayaran minimum untuk hutang anda?

Jika jawapan anda kepada semua atau kebanyakan soalan di atas adalah “Ya”, anda mungkin berdepan masalah untuk menyelesaikan pinjaman dan menguruskan wang anda.

Bagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana masih terdapat cara dan langkah tertentu yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pembayaran hutang anda.

1. Anda boleh menghubungi institusi perbankan anda untuk membincangkan masalah berkenaan-menjadualkan semula pembayaran dengan memanjangkan tempoh pembayaran balik.
2. Membuat satu belanjawan untuk memantau perbelanjaan anda. Perhatikan adakah terdapat perbelanjaan bagi tujuan yang tidak perlu, jika ada hentikan perbelanjaan bagi tujuan tidak perlu itu secara serta-merta. Pada masa sama, kurangkan perbelanjaan harian anda.
3. Sekiranya anda mempunyai simpanan atau wang tambahan, gunakan simpanan itu untuk menjelaskan hutang anda.
4. Jika anda menerima bonus daripada majikan, gunakan wang itu untuk menjelaskan hutang anda terutama hutang kad kredit sebelum wang bonus itu habis dibelanjakan bagi tujuan tidak berfaedah.
5. Paling utama dan perlu dielakkan adalah jangan sesekali mengambil kemudahan pembiayaan baru bagi menampung hutang sedia.
6. Membuat kerja sambilan atau berniaga secara kecil-kecilan.

Sumber : Berita Harian Online

Love Me or Hate Me

i've been longing to change the blog title since early this year but i think my brain is kinda jammed lol.so, after a number of list, i came up with this sudden idea.blink!brilliant!

LOVE ME OR HATE ME

nampak cam frust ke?no lahhh~ ngehee..

and also the new template..buhsan!since the previous template i used sama ngan iena demok, so i changed it..i tot of using the free-free blogskins, but tak pandai la.*scott,please help me.kawan ko nih da cam kurang pandai lak.actually, da tanya scott td, but still, don't help me much coz shaye tak pandai..hahaha..neway,scott, tanx ek..

so..the reason why LOVE ME OR HATE ME?

the fact is we can't force people to love,to like us.* kalo la sume orang sayang-menyayangi, i think there will be no war la..PEACE!

so people, it's up to you whether you wanna love me or hate me.i don't care!!hahaha..

What kind of women are you?

i did this quiz on facebook but i didn't remember when..
*saje je buat nih,busan menghadap file yang berlambak atas meje..ngehee..curik tulang jap..

WHAT KIND OF WOMEN ARE YOU?

jeng jeng jeng...

and the result is..

LOVELY LADY..
*haha..cam tak caya jek..

"You are lovely and caring. You help others and spread out a lot of sympathy. Your life aim might be to serve the people. But your WEAKNESS is that YOU FORGET ABOUT YOURSEL, YOUR OWN NEEDS. All your time is hold back for your friends and family. You are always there for people in trouble. Ready for any emergency. YOU MAKE A LOT OF SCARIFICES JUST TO BE A GOOD HUMAN. But every woman has her needs, her longings and a destiny. Don't loose yourself in work or curing other people's souls. You will have your own problems in your life. Another problem is that you don't say your opinion when it's right and important to say it. People trample onto your soul if you are always so kind and lovely and helpful. They will play on you. Though you should try to relax more and enjoy your life, you should not loose the gift that was given to you to help others. Not everyone is created this way..... YOU ARE UNIQUE AND RARE!"

p/s : sepertinya betul semuanya..LIFE NEEDS SACRIFICE..

Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day

i would like to wish Happy Mother's Day to my beloved grandmother n mama..

as for my grandmother - Puan Esah Binti Zainal, terima kasih mak kerana menjaga dan membesarkan ani sehingga menjadi orang yang berguna sekarang ini..sabar dengan kerenah ani sejak kecil sampai la sekarang nih..masa kecik2 dulu, kuat nangis, kuat beli jajan etc..sesungguhnya jasa mak tak dapat ani balas hatta ani hidup seribu tahun lagi..mak jangan risau ye, Insya Allah, sampai jodoh nanti ani kahwin eh..SHAYANG MAK SANGAT2!

as for my mother - Mazelah Binti Muhammad Ali, terima kasih kerana melahirkan ani ke dunia ini..even ma tak jaga ani (jaga sekejap je), tapi walau apa pun, ma tetap ma ani..and ANI SHAYANG MA jugak!!

Buat keduanya, semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati dan dalam lindungan Allah selalu..amin..luv u all so much!!

p/s : To all mothers in this world, Happy Mother's Day!!

Friday, May 8, 2009

Kisah Bulan dan Bintang : Part II

aku almost terlupe nak upload pichas bulan dan bintang kerana dek kesibukan kerja..
nah!tengok puas2 ye..




^BinTang^







^BuLan^




Cute kan diorang nih?sekarang da notty..lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini..asyik bergurau je diorang nih..tak tau takut ngan tommy & johnny (diorang ni dlm cage, nak takut apenye ek Bulan,Bintang..hehehe) tapi tak tau la..hati aku rasa cam happy sangat tengok diorang nih..kerana saya sayang mereka semua, Tommy, Johnny, Bulan dan Bintang..tidak dilupakan Si Manis juga..so kepada sesiapa yang nak bagi present mother's day kat aku, boleh la berbuat sekarang..hehehe..
setiap hari diorang nih akan dikeluarkan dari cage by rotation..in the morning till afternoon, johnny's turn..then, petang aku balik keje, bulan dan Bintang punye turn..after maghrib, baru tommy..but depends la..
nak dijadikan cerita, weekend ari tuh..1 umah cari johnny..mane la dia..sejak dia kena castrade nih, tempat main2 dia kawasan rumah je (betul cakap Dr. Joe la)..biasanya dia suka duduk bawah kerusi, bawah meja, bawah katil..but then ari tuh semua tempat da cari da, tapi tak jumpa..at last, nenek aku yang jumpa..memang la tak jumpa kalo cari bawah katil, sebabnya dia tido atas katil..wakaka..tak nampak coz dia tido belakang bantal..syoknye tido!
p/s : yan, ko nak sangat tengok bulan dan bintang, datang la rumah..

Monday, May 4, 2009

Kisah Bulan dan Bintang

last saturday i adopted two persian kittens..
sangat somel..geram tengok diorang nih..
so..the male i called BINTANG, and the female i called BULAN..
spontan je aku bagi nama kat diorang nih..hehehe..
umur baru lebih kurang 2 months la..
mula2 bawak Bulan dan Bintang balik rumah, waktu tu malam la..
nenek aku tak cam membebel lak kan..
da cam farm kuceng kat rumah tuh..
aku da ada tommy& johnny, also si Manis kuceng atok aku tuh pun aku bela skali..
together with Bulan dan Bintang, ada lima kesemuanya..
ala..sikit je tuh..
but nenek aku tak jadi nak marah sebab Bulan dan Bintang nih somel sangat..
terkedek2 lari dan tak takut orang langsung!
so, malam tuh aku setup cage diorang..
but after this kena tukar cage dengan tommy..
coz diorang nih ade potential nak membesar cam tommy..
hehehe..
aku sms scott and peruz..
diorang suh send pic Bulan and Bintang..
tapi malam tuh tak dapat snap gamba, Bulan and Bintang tertidur..ala somelnye!!
geram!geram!geram tengok!
so..malam tuh dengan rasminya Bulan and Bintang jadi part of my life..
akibat daripada itu, sinus aku menyerang..hikhik..sampai bengkak mata..

p/s : owh ya..pichas Bulan and Bintang?surprise..nanti aku upload yah!

Wednesday, April 29, 2009

R.I.P

i received this shocking news on 24th April 09..

Daddy : Ani, ade org bgtau Ravi mati..
Me : Yeke?xtau pun..xpe, ani kol office dia..
Klik!
Gagang diletakkan..

aku pun office Ravi, tapi tidak berjawab..aku da rasa semacam..biar betul nih..
aku kol Donald, Ravi's collegue..

Me : Hello..hye Donald..i wanna ask you something..i heard about Ravi from my dad..is that
true?
Donald : Yes ani..i baru je nak call u..He met with an accident, early this morning..
(nada suara Donald kedengaran sedih)
Me : Oh my God..Oh my God..i don't believe this..just two days ago i called him, asking for
the job payment..But now he's gone..Oh my God..(sedey ~ mataku berkaca-kaca)
Donald : yeah..i don't believe it either..i kat rumah mayat sekarang..the mayat will be sent
straight away to his hometown, Kuala Kangsar..
Me : ok Donald..send my condolence to his family..and to u too..take care..
Donald : allright, thanx ani..u too..
klik!

Aku bagaikan tidak percaya..kucubit pipi berkali-kali..
RAVI - he's a very young man..baru je 26 years old..
Kitorang da agak lama bekerjasama dalam business..
In fact, lunch ari tuh is the last..aku, Ravi & Donald :)
Aku suke usik Ravi nih..but now, dia da takde..
After dis, takde sape lagi aku nak usik kat Bermuda Logistic tuh..
Terasa gak..
Yela..even orang tuh berlainan bangsa & agama, tapi kalo dia baik orgnye..
Sedikit sebanyak mesti terasa kehilangan..

For Ravi's family, relatives and friends at Bermuda Logistics Sdn Bhd..
Kami dari Kumpulan Semai Cergas Berhad dan anak-anak syarikat..
Semai Cergas Holding Sdn Bhd & Suara Kekal Sdn Bhd..
Mengucapkan salam takziah di atas pemergian Mr. Ravi..
Kami berharap agar kita semua dapat bersabar di atas kehilangan yang tidak ternilai ini..
Ravi, may u rest in peace..

p/s : a few days before, aku mimpi gigi patah..gigi geraham bawah..aku tanya la nenek aku, dia cakap maybe ada relatives terdekat yang nak meninggal..al-kisahnya..semua yang bernyawa di dunia ini, pasti akan mati..kenyataan..

Monday, March 23, 2009

tommy ku dan johnny ku..

alkisahnya..johnny sekarang suke shi-shi sepah2..geram aku..permasalahan itu ku ajukan kepada personal doctornya Dr. Joe, beliau mengesyorkan aku supaya johnny di castrade aja..biar kurang hormonnya..so, saturday morning, on the way to my office, aku dropkan johnny di klinik..kasi potong!!untuk kebaikan dia gak..mana taknya, kalau merayap petang baru balik..then, badan kotor-kotor main kat mana entah..mandi pun tak guna, nanti kotor balik..pasir-pasir melekat kat bulu dia..geram aku..anak yang sorang nih kerenahnya macam2..petang sabtu aku ingatkan nak bawak johnny balik, tapi dia still mabuk..anasthetic tak hilang lagi..so, boarding 1 malam kat klinik..

tommy pulak..semalam aku layan dia la..dia kurang sihat sikit, kena flu..aku memang plan nak bawa gi klinik..takut demam pulak..masa belai2, usap2 kepala dia,aku rasa cam ada kuping2 keras tau..ingatkan ape, aku belek2 la, macam luka je..tapi bila sampai klinik, Dr. check, kena ringworm..boleh menyebabkan botak..selain kat kepala, leher, tangan dan tapak kaki pun kena infection gak..so, Dr. sapu ubat dan kena makan ubat la..selain itu, tommy dan johnny aku suruh Dr. inject vaksin..biar tak sakit-sakit selalu..then, aku bawa mereka pulang..

berat tommy = 6.9 kg..sangat gemuk untuk kucing yang berumur 2 tahun.. johnny pulak, 5.9 kg..baru berumur 1 tahun :-P

Wednesday, March 18, 2009

Selamat Pengantin Baru





Selamat Pengantin Baru kepada Olynn dan Sham, juga kepada Joe dan Linda..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..


Tuesday, March 17, 2009

Salam Maulidur Rasul..

Rasulullah..
dalam mengenangmu..
kami susuli lembaran sirahmu..
pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran..

Engkau taburkan pengorbananmu..
untuk umatmu yang tercinta..
biar terpaksa tempuh derita..
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Tak terjangkau tinggi pekertimu..
tidak tergambar indahnya akhlakmu..
tidak terbalas segala jasamu..
sesungguhnya engkau Rasul mulia..

Tabahnya hatimu menempuh dugaan..
mengajar erti kesabaran..
menjulang panji kebenaran..
terukir namamu di dalam Al-Quran..

Salam Maulidurrasul..mungkin belum terlewat lagi untuk aku mengucapkannya..lagu di atas ini pernah aku nyanyikan dulu bersama kumpulan nasyid sekolah ketika pertandingan nasyid peringkat zon sekolah rendah sempena majlis sambutan maulidur rasul sebagai vokalis utama..masa tuh version Kumpulan Hijjaz untuk lagu nih belum ada lagi..he he..

This weekend kalau tak silap aku ada majlis sambutan Maulidurrasul di Kg. Dato' Bentara (nenek & atok aku pernah duduk sini dulu)..aku tidak mahu ketinggalan untuk turut serta..tahun lepas aku tak dapat ikut, kerana masih di Segamat..

Wednesday, March 11, 2009

owh it's march!!

Date : 01 March 2009

pagi2 lagi aku dah membangunkan diri kerana majlis pertunangan kazen aku, rizal..aku menyiapkan diri seawal mungkin kerana kalo bab2 bersiap, aku memang la lambat..aku mengenakan baju kurung moden warna silver yang baru siap dijahit semalam oleh auntie aku dan make-up sesimple yang boleh..aku memang tak suka make-up tebal2, rasa muka cam hantu je..

kaki ku masih terasa kesengalan kerana mencari chocolate ferrero roche semalam bersama jijie..chocolate tuh nak buat hantaran..entah mengapa, susah pulak nak dapat..akhirnya kami ke tesco plentong..dek kerana itu, aku tidak memakai kasut tumit tinggi..wakaka..pakai slippper je..

well..kami berkumpul di rumah mak ngah lebih kurang pukul 9.30pagi..mak ngah da siapkan breakfast sebelum kami bertolak..sambil menunggu ahli keluarga yang lain datang..

lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami bertolak ke segamat..berkonvoi 8 buah kereta..kami berkumpul di exit yong peng selatan sebelum meneruskan perjalanan ke bukit siput, segamat..da lama aku tak memandu ke segamat, terasa jauh pulak..hehe..sesekali aku kerling ke arah pokok chocolate yang dipegang oleh jijie..gerammnye!!rasa cam nak petik je..

kami singgah di masjid bukit siput untuk solat zuhur..kemudian terus ke rumah bakal tunang kazen aku tuh dengan membawa 9 dulang hantaran..majlis dimulakan dengan pembuka bicara oleh wakil pihak lelaki..berbalas2 pantun lagi!!ternyata orang melayu ini penuh dengan adat dan kesopanan..

then, majlis sarung cincin..kemudian, ambil gambar sikit2..pastu makan..time makan nih la yang paling best..perut aku memang lapar..huhu..alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..hujan pun segan2 nak turun even langit da gelap..tapi all the way balik ke jb, hujan turun mencurah2..



papepun, aku ucapkan tahniah kepada kazen aku rizal dan tunangnya, lynn..semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke kahir hayat..

p/s : kawan, ex-bf, ex-scandal semua da kawen..aku jer yang belum sampai jodoh lagi..wakaka..

Friday, February 20, 2009

ada apa dengan masa?

sedar tak sedar, da seminggu takde entry..huhu..keje banyak lol..tak penah abes..

semalam aku belek album2 lama ngan jijie..since jijie sekarang tinggal kat uma aku sementara nak tunggu dapat uma laen..ade gak teman nak berbual sebelum tido..ternyata bile belek2 semula gamba2 tuh..korang mesti tak caya aku tembam mase dolu2..hak2..pipi cam kueh apam mase high school..then, tengok lak gamba2 masa diploma..i did my diploma at uitm machang, kelantan..jauh wooo..kalo drive 10-12 jam baru sampai..masa aku kat high school, aku tak ramai kawan pompuan..mase kat machang tu la aku jadi ramai kawan pompuan..duk kat hostel kan..lagipun, kelantan dulu takde pape..masa aku datang KB mall tuh cerucuk besi dia pun takde lagi..poko2 je kat situ..huhu..kesian gle kat kitorang..huhu..tapi sekarang macam2 ada..da develop la..

1st semester masa diploma, biase la, freshies kan..kena usik2..tapi aku tak layan sgt coz aku ada bf la time tuh..then, aku tak tau sape yang recommend, aku di offer jd emcee for dinner..terkejut gak aku time tuh ble yang dipertua persida (sekarang mutac) call aku and mintak datang mase rehearsal..jangan jeles huh!!aku pun cakap ok la..orang da offer kan..apa salahnya..tapi aku takde niat pape pun..saja2 je..tapi dua kali la aku jadi emcee untuk dinner persida..kali kedua ngan anom..seronok time tuh..

then, aku aktif silat..hehe..mesti korang tak percaya kan?aku dulu belajar silat seni gayong..tiap2 malam training...badan fit gle..kalo lebam2 sebab sparring tuh biase la..tapi pesilat pompuan jarang sparring ngan aku..tak tau nape..selalu aku sparring ngan jurulatih tuh la, tak pun si faiz adni..jurulatih cakap aku kuat sket and kaki aku ni cepat je..aku ingat lagi masa grading..kan memang ada cam lawan2 kan, budak pompuan tuh tak berani nak start bunga..sampai aku yang cakap..awak, pukul je..saya tak buat kuat2..slow2 je..kesian pulak..tapi tuh dulu la..sekarang naik tangga kat uma pun da cam semput..dulu tangga batu cave kat uitm machang tuh selamba je aku panjat 2,3 kali..haha..

then, mase part 5 aku down gle..coz break ngan 1st bf..kalo ingat2 balik, menyesal siot..aku dean list dulu..tapi disebabkan hal2 yang camtu, study entah ke mana..frust la kononnye..aku fail paper law mase part 5..aku tak tau pape yang di ajar..kalo tak silap aku nama lecturer tuh pn. murshidah..serius gle..muke garang..tak penah senyum..then, masa part 6, aku regain aku punye confidence..repeat paper law n i got A-..alhamdulillah..lecturer yang sama ajar aku, tapi dia da baik..da bleh senyum..gurau2..and finally aku berjaya menamatkan pengajian on time..result pn ok..alhamdulillah..

then, aku kemas2 nak balik jb..mummy, adik2, uncle n driver aku datang amek..coz aku mmg bawak kereta masa kat kelantan tuh..rasa sayang nak tinggalkan kelantan..cam sedih je..even takde entertainment cam kat jb, tapi hati aku tenang kat situ..kitorang stay 1 ari lagi kat sana..stay kat sutera inn prima KB then esoknya gi rantau panjang, mummy aku shopping cam kena rasuk..banyak gle beli barang sampai dua2 keta tak muat da..huhu..

then..sambung degree kat segamat..suppose aku further ke UK, tapi nenek aku tak bagi..takpela, kat malaysia pun sama je..so, masa hari pendaftaran 1 family hantar..aku still bawak kereta aku yang cumel tuh ke segamat..jauh kete aku berjalan..dari pantai timur ke selatan..huhu..tapi sekarang kete cumel aku tuh da parking je kat uma..kadang2 je adik aku bawak gi sekolah..

so, bile da kat segamat, every weekend balik jb..tak serasi lagi kot..asyik cakap nak transfer machang..machang lagi best..huhu..sampai my dad gelak and cakap buat penat je hantar sampai dua kereta, tapi tiap2 minggu balik uma..haha..but at last, tak transfer pun..abes gak buat degree kat segamat..ngehee..macam2..

ada apa dengan masa? sesungguhnya masa tidak boleh diputarkan kembali..yang semalam itu sudah menjadi sejarah dan kenangan..dan macam2 orang yang aku jumpa sepanjang melalui masa itu..manis, pahit, masam, masin, payau..semua ada..dan ianya mengajar diri supaya menjadi lebih matang..dan kenangan2 itu tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila2..

p/s : aku teringat kata2 rosyam nor dalam cite KL menjerit..'alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia'..apa kaitannya ngan entry aku nih ek?haha..

Wednesday, February 11, 2009

Apa kata survey:Part 2

selama beberapa hari ini aku cam buang tebiat la..ini semua pasal last entry, apa kata survey..ramai gak orang yang aku ajukan pertanyaan2 seperti dalam entry tersebut..reaksi yang mula2 aku dapat ialah muka yang agak terkejut dan selepas itu bertanya kepada aku adakah aku demam atau buang tebiat..aku jawab la..aku tanya je..and then mereka menjawab dengan penuh keinsafan..

so, melalui survey tersebut, jawapan2 yang aku terima adalah seperti di bawah ini:-
1. bertaubat
2. tak tinggal solat, baca al-quran
3. buat ibadah banyak2
4. berbuat baik kepada ibu bapa dan makhluk2 Allah yang lain
5. sentiasa sabar
6. jangan buat benda2 yang mendatangkan dosa
7. berdoa yang baik2

so..itulah jawapan yang aku terima..tapi jawapan2 ini boleh digunapakai sekiranya kita tahu bila hari terakhir itu..hakikatnya sekarang ini kita tak tau bila hari terakhir kita..no clue at all..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya dan ianya adalah rahsia Allah..

semua ini menguji sama ada kita selalu ingatkan Allah atau tidak..

p/s : insaf..
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .