RSS

Friday, May 21, 2010

Remuk Redam

Sejak dari hari itu aku tahan, cuba untuk menjadi kuat, tetapi semalam manik-manik jernih gugur menyembah bumi. Hati remuk redam dan kecewa. Aku tidak boleh terlalu mengikut perasaan remuk redamku ini kerana banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku penuhi dan lakukan. Ketika ini aku cuba bertenang, bertenang dan bertenang. Berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Semuanya hanya berlegar-legar di dalam hati. Kata-kata semangat dari mak, Kak Nuri dijadikan perangsang supaya aku menjadi lebih kuat menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang.

Sesungguhnya, kasih sayang itu tidak boleh dijual beli. Dan tidak mudah bertukar ganti.

Thursday, May 20, 2010

Tentang Saya

1. Ramai orang seperti tergeliat lidah nak sebut nama saya.ANIAZIZAH.Ada yang panggil, Ania, Anizah etc. Sebenarnya sebutan nama saya adalah ANI AZIZAH. Tak pasti pula mengapa Ani dan Azizah itu tidak dijarakkan.
2. Saya susah nak explain bila orang tanya adik beradik saya ada berapa. Biasanya saya akan jawab 4 orang, walhal saya adalah anak tunggal.
3. Pakaian harian saya sewaktu kecil ialah tidak berbaju dan berseluar pendek.Hahaha..Tak tahu malu betul!
4. Rambut asal saya adalah kerinting2-ikal. Oleh kerana perubahan semasa, rambut saya menjalani teknik rebonding dan rambut saya menjadi lurus. Tak la, guna syampu je :p Saya juga pernah mewarnakan rambut saya menjadi blonde with highlight, berambut pendek, bob dan juga perm. Kini saya tidak mahu lagi merebondingkan rambut saya ataupun mewarnakannya-lebih natural.(Sebenarnya da tak sanggup nak duduk 4 jam semata-mata unttuk rebonding rambut!)
5. Saya tidak mencuci rambut saya sendiri, rasa macam tak bersih pula. So, biasanya dua atau tiga kali seminggu saya akan ke salon kegemaran saya - Trim Top di Taman Pelangi Indah.
6. Saya sangat sukakan kucing!Sejak dari kecil lag tau!Setakat ini saya pernah membela 5 ekor kucing. Sekarang tinggal 4 ekor je. Kucing2 saya semuanya di vaksin dan ada personal doctor.Hehe.Saya lebih sanggup menghantar kucing saya yang sakit ke klinik. Tapi kalau saya yang sakit, saya buat tak paham je.Haha..
7. Kadangkala saya cepat marah, tapi cepat sejuk. Saya jarang merajuk, tapi kalau merajuk, buruk.Hehe.
8. Saya mempunyai jiwa yang halus-sensitif. Saya mudah mengalirkan air mata walhal tengok drama je. Kalau cerita Hindustan boleh menangis sampai teresak2.Haha.
9. Saya mudah percaya kepada orang. Tapi sekarang saya mula belajar untuk tidak mudah percayakan orang-untuk kebaikan saya juga.
10. Saya seorang yang lembut hati.
11. Saya akan menangis bila saya marah atau dimarah.
12. Saya tinggal bersama datuk dan nenek sebelah dearest daddy saya sejak berusia 1 tahun 6 bulan.
13. Saya lebih ramai kawan lelaki daripada kawan perempuan. Hehe. Namun begitu saya memang suka berkawan. Saya tidak kisah.
14. Saya berkawan baik dengan kawan2 saya sejak dari Darjah Satu sehingga sekarang. Sudah lebih kurang 19 tahun kami berkawan. Suka duka dikongsi bersama.
15. Masa sekolah dulu saya agak kelelakian, lasak dan kasar. Namun, setelah melanjutkan pelajaran ke universiti, saya berubah menjadi lebih feminin. Hehe.
16. Saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakauan (Kep.) dari UiTM dengan satu bintang. Dearest daddy tanya, bintang yang paling bagus ada berapa banyak?Saya jawab satu je.Hahaha. Dapat satu bintang pun cukup2 makan je.
18. Saya tidak kuat makan. Tapi kadang-kadang perut nih ada hantu raya jugak.
19. Saya tidur dengan lampu yang menyala. Kalau bilik saya gelap, saya tak boleh tidur :P
20. Saya bukan tak pandai masak, tapi saya malas sebab nenek saya yang selalu masak.Heheh.
22. Saya seorang yang rabun - buat spek tapi jarang pakai.
23. Biasanya orang akan meneka umur saya 19 tahun atau 20 tahun kerana kekecik-molekan saya..
24. Saya sangat seronok tinggal di rumah sewa bersama housemates saya - Scott, Pear, Sal,Mar,Dola, Ina dan Ida di Segamat semasa pengajian degree saya. Ada mee bandung yang sedap, burger Segamat.Huhu.Semuanya menjadi kenangan-kenangan yang terindah. Kalo saya order mee bandung, saya akan cakap jangan letak mee, kuah ngan telur je. Pelayan kedai pun pandang semacam. Haha.
25. Saya sukar untuk jatuh cinta. Tidak mudah untuk mencuri hati saya. Bila saya dah sayang seseorang, saya akan sayangkan dia lebih daripada diri saya sendiri.
26. Saya lebih suka menjadi diri saya sendiri.
27. Saya mudah kasihankan orang.
28. Saya sedang dipolish untuk menjadi seorang usahawan berjaya even bidang yang saya ceburi ini adalah bidang orang lelaki - pengangkutan dan pembinaan lori serta trailer.

29. Sebenarnya saya lebih suka orang tak kenal siapa saya.Haha.Tapi tak boleh la.Saya terpaksa menonjolkan diri untuk kepentingan perniagaan yang dijalankan.

30. Harta saya?Belum dapat dikumpul banyak. Tetapi harta yang tak ternilai saya ialah family dan kawan2 baik saya. Namun begitu, harta saya yang lain adalah sebuah kereta Mercedez C200K Kompressor bernombor pendaftaran JMA 7397 - warna maroon dan laptop saya ni HP Pavilion DV2, HP Expria X1, juga sebuah rumah apartment kos sederhana. Alhamdulillah, saya bersyukur di atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada saya. Insya Allah, saya takkan lupa di mana saya bermula.
31. Staff saya panggil saya Boss Kecik.
32. Diam tak diam, dah lebih setahun yang menguruskan perniagaan keluarga saya. Sungguh cepat masa berlalu dan saya rindukan zaman belajar dahulu - tak perlu fikir banyak, hanya belajar dan belajar.
33. Saya suka shopping. Dulu kalau saya tension saya akan shopping. Tapi sekarang dah kurang sikit, membazir shopping barang yang tak perlu.
34. Di usia yang begitu muda, saya adalah Pengarah & Pengarah Urusan untuk 3 buah syarikat milik keluarga saya - macam nak gila bila duduk position ni, barulah tau susahnya nak cari duit! Saya juga adalah pengarah untuk 2 buah syarikat usahasama yang lain. Terima kasih tak terhingga diucapakan kepada ayah saya kerana mempercayai dan memberikan peluang tersebut kepada saya. Insya Allah, saya akan pikul amanah dan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin.
35. Saya berpendapat bukan senang untuk senang, dan bukan susah untuk susah. Saya akan berusaha untuk mengecapi apa yang diimpikan.

P/s : Saya tidak berniat untuk menunjuk2, saya juga manusia biasa. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. Amin.

Wednesday, May 5, 2010

Ain pula terkena jangkitan~

Wah..Nampaknya semakin menjadi-jadi. Satu, satu. Kali ini, Cik Nur Ain Mohd Paiz pulak :) 1 Mei 2010, merupakan hari bersejarah Cik Ain kita nih. Pandai Cik Ain pilih tarikh. Semua orang cuti semata-mata dia nak tunang..Heheheh..Tahniah diucapkan kepada Cik Ain kerana telah selamat bertunang dengan CHENTA HATINYA..

After dis, saya dah tak dapat lagi la message luahan perasaan Cik Ain secara tiba-tiba :P Heheheh..

Damn Gorgeous!
Make-up by Beauty Me (Cake Mee)

p/s : darl, sorry tak dapat datang..Insya Allah ko kawen nanti aku datang ek..XOXO

Senangnya Dalam Hati :)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cik Saliza Kadir yang telah pun selamat bertunang dengan pasangannya Encik Iqbal syukor. Akhirnya, impian Cik Saliza semakin hari semakin menjadi kenyataan. Insya Allah.Nampak gayanya Cik Saliza kenalah menambah koleksi buku masakan SAJI itu. Hehehe..

Majlis Pertunangan tersebut berlangsung pada hari Sabtu, 24 April 2010, lebih kurang pukul 2.30 petang. Mereka berbalas dulang hantaran 9 berbalas tujuh. Tema hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan - pink putih, manakala tema hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki - turqoise putih. Untuk hantaran pihak perempuan, 6 daripada 9 dulang adalah hasil air tangan aku --> promote nih!, manakala 3 dulang lagi adalah hasil kreativiti Cik Saliza sendiri, dibuat last minute. Hahaha.But yet still nice n sempoi! Untuk majlis pertunangan ini, saya bertindak sebagai engagement planner terjun. Hahahhaa.

Pada hari itu, Cik Saliza mengenakan persalinan berwarna pink, dan make-up oleh Kak Rina. Terus transform muka Cik Saliza kita :) Tantek!


Walla~

Sungguhpun hari itu panas, majlis tetap berjalan dengan meriah. Syukur Alhamdulillah. Kepada Cik Saliza, saya ucapkan selamat ke jinjang pelamin. Saya doakan kebahagiaan kamu. Amin.

P/S : Cik Saliza bolehlah lantik saya sebagai wedding planner plak lepas nih..Hahahah..Lepas nih, siapa pula yang akan terkena penyakit merebak nih?
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .