RSS

Tuesday, June 2, 2009

Laporan Berita : Istiadat Konvokesyen UiTM ke 70 (Part 1)

Istiadat Konvokesyen ke 70 Universiti Teknologi Mara telah pun berlangsung dengan jayanya. Para graduan bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kep.) telah pun menerima ijazah mereka pada hari Khamis bersamaan 28hb Maei 2009 , Sidang Keempat. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan perarakan graduan masuk ke Dewan Sri Budiman. Suasana amat meriah sekali kerana kehadiran para ibu bapa dan sanak saudara serta rakan taulan yang sama-sama meraikan kejayaan. Kegembiraan jelas terpancar.

Sekian, terima kasihhh!

* skema..hahaha

-------------------------------------------------------------------------------

aku memulakan perjalanan ke shah alam awal sehari memandangkan Sidang Keempat adalah pada sebelah pagi. di awal rancangan, rombongan cik kiah kami sepatutnya disertai oleh stepmom aku dan dua orang adikku kerana selain bertujuan menghadiri majlis konvo aku, stepmom aku sebenarnya nak gi beli kerusi pengantin * stepmom aku ada bridal shop* ..

apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, rancangan itu terpaksa ditukar lantaran adik ku yang bongsu itu mengalami demam teruk. so, rombongan cik kiah ke shah alam hanya disertai oleh kazen aku, fara si bidan terjun dan adik perempuanku, anis *okla tuh, at least tak la sebatang kara sangat..heee..*

kami memulakan perjalanan ke shah alam lebih kurang pukul 10.30 pagi. dengan gaya pemanduan yang sangat berhemah *cess, jejak gak 160km/j. tak sedar beb*, kami tiba di shah alam lebih kurang pukul 2.30 petang. asalnya mahu terus ke tempat penginapan kami di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam..tetapi tangan aku gatal lak nak kol si anas.

Aku : salam..hello hello hello..kopi dan milo.ko katne?ko keje tak ari ni?

anas : aku kat rawang. tak keje.

aku : oh..ok.kitorang lapar la.jom makan.

anas : datang ar sini amek aku.

* sebenarnya anas kelentong aku, dia keje rupanya..aku pulak kena tunggu dia.cess.. then, kitorang gi makan la kat area rawang. dekat2 ngan maybank tempat anas keje tuh. zul pun ada sekali, anas kol suh datang.

so after makan, kami ke shah alam semula. aku dan rombongan terus check in. yang kelakarnya kat sini kan, diorang punye staff tuh gelabah bila dia tengok nama aku. ada ke dia tanya, betul ke nih? aku cakap, betulla..dia cakap, takpe cik. beg sume kitorang hantar, kereta kitorang parkingkan. cik masuk je dalam.

aku terpinga-pinga.paiseh.nape lak mamat nih.

then aku tanya la.kenapa ek?

dia jawab, tak boleh cik. ini protokol. cik ni vip..
* bias! aperaa..ade aku kesah ke?
tapi ada gak bagusnya, macam2 benda sampai kat bilik aku.hehe..
hari pun sudah lewat petang, maka kami pun berehat2 sahaja di bilik..

after maghrib, kami keluar jalan2 sebentar di SACC dan then having dinner.lokasinya mana lagi..kedai kopi tuh la..* sebab aku mengidam nak makan shah alam beef kueh teow..heee..

selepas itu, kami pulang ke hotel semula dan tido..
zzzz..esok kena bangun awal!
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .