aku tertarik dengan satu entri dalam blog scott.tentang baby fifi.sebagaimana yang aku maklum, selepas kematian ibu, fifi dijaga oleh kakak dan adik-beradiknya yang lain.aku sangat terharu dengan ketabahan dan kecekalan si kakak menguruskan adik-adiknya, menggalas tugas sebagai ibu padahal dia masih bersekolah. Sungguh bertanggungjawab anak itu.Selepas kematian ibu, sekali lagi anak-anak tersebut diduga..kali ini, tunjang hidup mereka pula iaitu si ayah pergi menghadap Ilahi.* tak tau nak gambarkan perasaan aku ketika membaca entri tersebut.mata sememangnya sudah berkaca-kaca.sedih~
jikalau aku berada di tempatnya, sudah pasti aku tidak tahu nak berbuat apa-apa.confirm menangis,menangis dan menangis..tapi, si kakak yang baru berusia 14 tahun tuh dah boleh pikul tanggungjawab coz dia yang beria-ia nak jaga adik-adiknya.Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusannya.
Aku jadikan ini semua pengajaran.kalo kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih susah.*betul cakap scott..
Jadi, ingatlah, sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)
Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.
Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.
Firman Allah yang bermaksud: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)
Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.
Aku berharap kakak kepada Fifi itu sabar menghadapi setiap dugaan hidup. Aku berharap agar dirinya sentiasa kuat,demi adik-adik yang masih kecil. Semua ini pasti ada hikmahnya.
p/s : hadapi dengan senyuman.boleh ke?
Seattle Move Signals Decline of Yellow Pages
6 years ago
3 comments:
u're right.apa yang aku mampu cuma berdoa semoga perjalanan hidup dia dimudahkan.
pernah sekali mak aku cakap,si kakak pergi office mak aku,pakai baju sekolah,pastu mak aku terkejut and tanya 'eh kakak.....kenapa?' muka kakak tu sedih je rupanya nak mintak tolong tak cukup duit.cuba kau letakkan diri dalam keadaan si kakak tu.dengan malu bercampur sedih,dia gagahkan jugak,dia ketepikan semua rasa untuk adik2.apa pula yang kita buat semasa kita seumur dia?
subhanallah.betapa tuhan telah sangat memudahkan hidup kita.
honey aku sedih baca entry ni...
kena sgt dengan situasi aku pun...
bermakna sgt ayat2 kat bawah tu...
scott - touching siott..kesiannyeee..masa aku seumur dia, keje aku gi sekolah je..senang sungguh hidup.tak payah fikir pape..
dan saat ini aku terfikir, kalaulah kita banyak duit scott ek..
ainza - hye nuyu..honey da baca blog nuyu..yeah..i know kamu sedih..kuatkan diri kamu yah..at least masih ada yang sayang nuyu - family aite?remember one thing, kamu tidak keseorangan, Allah sentiasa bersama kamu..honey doakan semoga nuyu dalam lindungan Allah selalu..
Post a Comment