RSS

Wednesday, February 17, 2010

Unforgettable Moment

Buat pertama kalinya selepas setahun graduasi kami berkumpul. Wawaweee~ Thanx to Cik Irwina Aris (kini telah bergelar Puan :P) kerana melangsungkan pernikahan pada 13/2/2010 dan majlis persandingan pada  hari berikutnya di Taman Johor Jaya dan sekaligus memberikan kami peluang bergosip secara face to face dan menjadi unforgettable moment!

Sedari pagi aku menunggu ketibaan mereka. Rombongan Pertama : Pear, Apek, A'an & Jade tiba di JB dari KL lebih kurang pukul 3 petang..*panjang berjela message aku nak direct jalan ke rumah aku melalui exit Senai Utara ke Pasir Gudang~Senai~Desaru Express Highway :) Then diorang tunggu kat Petronas Desa Cemerlang coz nak cari hotel for Apek. Setelah usai 'mencampakkan' Apek di Fully House Hotel, Taman Desa Tebrau yang mana aku kategorikan sebagai segitiga emas kerana berdekatan dengan Kedai Mamak Sayed, 7E, Guardian, Jusco Tebrau City dan Tesco. Rombongan Pertama aku bawa terus ke rumah nenekku di Taman Bukit Jaya untuk berkampung.

Rombongan Kedua : Cik Scott dan Jantung Hatinya, Encik Kebal tiba agak lewat sedikit kerana menghadiri majlis perkahwinan yang lain. Bila semua dah jumpa, korang tau la kan. Meriah jadinya! hehe..Terus bergossip nyah!

Memandangkan Majlis Pernikahan Irwina a.k.a Awin bermula jam 5 petang, tanpa berlengah kami segera bersiap. Then terus gerak ke rumah Awin. Rombongan ke majlis pernikahan hanya dihadiri oleh kami, The Hot Chicks :P

Lebih kurang pukul 5 kami tiba di rumah Awin.

 

  
 Apabila Cik Pear memakai heels, camni la jadinya. 
Aku berasa begitu rendah diri..

  

  

Majlis Pernikahan Awin & Husband, Zul

Hanya dengan sekali lafaz, Awin sah menjadi milik Zul. Suasana sebak tidak dapat dibendung lantaran air mata kegembiraan dan kemachoan terjatuh juga akhirnya. *Sempat juga aku berangan. Agaknya nanti aku kahwin, camni gak lak ek. Haaa~ Korang, siap2 nak kecipak kecipung!Muahahah..A'an, ko kat row depan tau!

Selesai majlis pernikahan, kami pun ke majlis makan.hehe.Lapauuuunyeee~

Then, terus pulang ke rumah. Untuk program malam, aku plan nak bawak diorang makan chicken chop RM5 kat hutan bandar.Tape memandangkan malam itu malam rambu ramba, plan terpaksa ditukar. Terlalu banyak plan seperti menonton movie, lepak di Danga Bay. But at last plan Incik Kebal yang menjadi = Chang Kala OK di Diva Taman Suria. Fully sponsored by uncle aku, Cik Su. Hee..Karaoke dan makan sampai muntah! Ditanggung beres! Bilik VVIP!

Acara melalak berakhir pada pukul 12 tgh malam. Tak sangka semua ada bakat terpendam. Boleh jadi artis tuh..Nak sign~

After that, kitorang ke Bazar Karat yang terletak di town JB. Bazar ni cam Downtown la. Sempat juga sambar selipar, t-shirt. Coz the price is very affordable. Round2 kat situ je da dekat kul 2 pagi. Semuanya dah kedahagaan, terus ke Singgah Selalu. Lepak sekejap kat situ. Apek dan Incik Kebal layan shisha. Aku ngn Pear sekadar mencuba. Heee.. Sedut2 tak kuar asap..Hahaha..Pastu tekak perit. Ambik kau!

Mata yang ngantuk jadi kurang ngantuk. Berborak2 then balik.sampai rumah lebih kurang kul 3.30 pagi dan menunggu masa untuk disorongkan bantal. Sempat lagi bergosip sebelum tido. Hahahah.. Kul bape aku tertido pun tak tau..Heee.. Woi, tido la.Sok nak bangun awal. Present belum wrap lagi :P

Nota kaki : Buat masa ini , gambar-gambaran masa karaoke dan di Bazar Karat tidak dapat diuploadkan kerana kena tunggu Scott upload kt FB..heheheh..


Friday, February 5, 2010

Swing Mode Hot Hot Hot

Swing swing nightingale..
Swing swing nightingale..
Aaaaaaa...

Owh forget it!That's not what i mean..
Damn!

It seems like everything is out of order especially my work..So many things to settle down, to think and to remember..Also facing with lots of 'ragam' customers..I hate to raise my voice ok!So, please please and please..I know how to do my work and I'll do the best ok. Please be patient!
** Sume mau cepat, tapi bagi dokumen lambat. Camne nak buat cepat?Bila lambat bising2..Salah aku ke?

I can't wait for weekend. My brain, body and soul need a relax. I need a SPA!!


Bestnye..

Wednesday, February 3, 2010

Already Booked!



Sekitar Majlis Pertunangan Jijie
12/12/2009




Sekitar Majlis Pertunangan Farhana
26/12/2009

Alhamdulillah Cik Jijie & Cik Farhana telah pun selamat bertunang dengan jejaka idaman hati. Oh~ Teruja sekali..Hehe..Marilah kita sama-sama menunggu berita baik dari mereka ini yang bakal bergelar Puan..Maybe tak lama lagi..So, tungguuuuu~

P/S : Ambil Berkat!

Bikin Panas!

SIMPANG RENGGAM, 30 Jan 2010 - Pembuka tirai untuk tahun 2010 bagi Majlis Menamatkan Zaman Bujang dan Dara ialah majlis perkahwinan Arif dan Mila. Majlis perkahwinan yang bertemakan Dalam Hati Ada Taman, Dalam Taman Ada Tasik ini sangat indah dengan gabungan warna coklat dan gold. Mila nampak begitu jelita pada hari itu. Arif juga tidak kurang segaknya berbaju Melayu, bertanjak dan berkeris Taming Sari laksana seorang pahlawan Melayu. Pheewiit!!

Krew Bikin Panas juga tidak ketinggalan menghadiri majlis ini secara konvoi yang tak berapa nak konvoi.
**Abong, i tau la kete u pkai enjin turbo.
**Kak Ela, mati2 la Ani ingat Kak Ela jadi penunjuk jalan. Bleh tahan laju 140km/h..
**Aku tertinggal di belakang. Sampai terlepas exit Simpang Renggam :P

Konvoi dari JB sepatutnya disertai oleh 4 buah kereta. Namun begitu di saat2 akhir, 3 buah kereta terpaksa bertolak dahulu dek kerana satu kereta lagi yang dipandu oleh Encik Murang bersama co-pilots iaitu Cik Anom dan Cik Aliya telah menemankan Encik Palem membuang dosa-dosa kecil di kuil berdekatan Plaza Angsana kerana pada tarikh ini jatuh Hari Thaipusam.

Dari JB - Cik Ani Azizah, Cik Farhana, Cik Nur Fadlin dan Cik Nor Azah
             - Encik Abong
             - Cik Suhaila, Cik Faezah, Cik Syaza dan Cik Huzaidah
             - Encik Murang, Encik Palem, Cik Anom dan Cik Aliya
Dari Batu Pahat - Cik Saliza dan Encik Ehem2nya
Dari Kota Tinggi - En Ceycak dan Cik Permaisurinya
Dari Pontian - Cik Arni
Dari Kluang - Cik Mardziah & Cik Salihah
Dari mana2 - Cik Syuhana & Encik Rais
dan Cik Napsiah..

Krew Bikin Panas begitu teruja menghadiri majlis perkahwinan ini. Huuu..Best2! Seronok tengok kawan2 bahagia.

Kepada Mila dan Arif, Selamat Pengantin Baru..Selamat menempuh alam rumahtangga.. Semoga berbahagia dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..Serta semoga mendapat anak yang soleh dan solehah plus comel!

Kepada Cik2 yang bakal bergelar 'Puan' tak lama lagi..Insya Allah..Semoga dipermudahkan segala urusan.. Amin..

Tak lupa juga kepada Encik2 dan Cik2 yang single, heee... Paham2 sudey!

P/S :  Kepada Syuhana dan Rais, Selamat Bertunang in advance :)


 


Monday, January 25, 2010

Daulat Tuanku!

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur..

Luaskan kuasa dan naungan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan..

DAULAT TUANKU!!



Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya!

Aku terpanggil untuk menulis hari ini kerana merasa terhina di atas satu tulisan blog oleh Aduka Taruna. Aku tak pasti la si Aduka Taruna ni rakyat negeri mana. Kalaulah rakyat negeri Johor, baik buang negeri je.

Kutuk sana, kutuk sini. Sekali terkutuk Almarhum Sultan Johor la.Aduhai. Jangan lah begini Aduka.Tak baik la. Kita pun bukannya sempurna sangat, baik sangat. Aku tau la Malaysia ni negara demokrasi, rakyat bebas memberi pendapat. Tapi jangan lah sampai melukakan hati mana-mana pihak atau menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. Ini publisiti murahan namanya Aduka.

Cuba la kau letakkan diri kau tu ditempat Keluarga Diraja Johor serta kaum kerabatnya, adakah kau boleh terima kata-kata kesat itu?Ataupun cuba kau letakkan situasi itu bila orang kutuk2 ayah kau, kau marah tak?Kalau aku la kan, meja pun boleh terbalik bila orang kutuk ayah aku.

Aku tau kau dah mintak maaf tapi yang pastinya pihak berkuasa sedang menyiasat perkara ini. Next time berhati-hatilah. Kalaulah kau dikenakan apa-apa hukuman selepas ini, aku harap kau ambil iktibar la eh.

Yang baik hanya datang dari Allah, dan yang buruk dari kita semua,hambanya.

Al-Fatihah

Sembah Takzim kepada DYMM Sultanah Johor, Sultanah Zanariah, Keluarga Diraja dan Kaum2 Kerabat yang lainnya Di Atas Kemangkatan DYMM Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Johor Darul Ta'zim serta jajahannya..

Saya/Kami sebagai rakyat negeri Johor turut merasakan kehilangan yang amat besar ini bukan sahaja kepada negeri Johor, tetapi juga kepada negara. Semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah~



Friday, January 8, 2010

Cinta Balqis atau Cinta Hassan?

Addicted~

Mula-mula aku tak berapa nak follow sangat cerita ni. Tapi, lama-lama best pulak. Da nak smpai klimaks cerita kan. Menceritakan tentang Balqis yang mencari cinta sejatinya. Tanpa disedari cinta itu di depan mata. Yang paling aku kesian kan, si Hassan tuh la. Punya la sayang gila si Balqis nih. Dah terlepas sekali, ni bakal-bakal nak terlepas sekali lagi gara-gara ingatan Ezany dah pulih.

Kepada Hassam, mencintai tak semestinya memiliki.
Kepada Balqis, open your eyes darl.
Kepada Kak Senah, aku nak cili-cili mulut ko tuh. Hish, geram aku!
Kepada yang follow cerita nih, selamat menonton!


Kurang Faham, Tidak Faham..

Geram.Sedikit kuciwa.
Gambaran perasaan ketika ini. Entahlah. Aku ke yang tak faham, atau aku ke yang kurang faham? Kepada sesiapa yang mengenali aku, yang sebenar-benarnya aku, pasti mereka tahu yang aku ini orangnya tidak berkira. Mana yang boleh tolong, aku tolong. Pada aku la, hari ini hari mereka, entah esok lusa hari aku pulak kan. Tak siapa tahu. Tapi, yang aku pelik, bila masa aku betul-betul memerlukan pertolongan, masa ni la. Semua mengelak. Bukan nak mengungkit tapi benda ni membuatkan aku berfikir. Fikir, fikir dan fikir. Berkira sungguh dengan aku.

Ok. Tak pe. Terima kasih daun keladi.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009!

Pejam celik pejam celik.. Dah sampai hujung tahun 2009.. Rasa cam cepat sangat masa berlalu..rite? So, biasa la kan..mesti orang tanya ape azam baru..hahaha :P well, to be frank, aku pun tak set lagi azam baru aku..hahahah :P

Tahun 2009 adalah tahun pertama aku terjun ke alam pekerjaan. Baru tau rasa keje camne kan.. Selalunya masa study dulu tahu tadah tangan je tiap2 bulan.. Tetapi bila dah keje ni lain la rasanya.. Duit cari sendiri kan.. Sume pun sendiri yang bayar..hahah.. Baru la rasa pikul tanggungjawab.. heee :)

Kenangan terindah? Kenangan Pahit? Payau? Masam? Macam2..hahahha.. Semuanya ada la.. Takkan lari dari benda2 tuh semua.. Aku hanya mengamalkan sifat bersabar dan berdoa.. Semoga akan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.. Segala salah dan silap, haraplah dimaafkan.. Marilah kita sama2 membuka buku baru (bukan muka buku a.k.a Facebook :P) untuk tahun 2010..

Aku doakan semoga tahun 2010 ini akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. Semoga kita semua diberikan kebahagiaan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, diberkati, dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.. Mana yang jauh tuh didekatkan, yang tegang dikendurkan.. Yang dah bertunang, semoga cepat kawen..hee.. Yang dah berkahwin pulak, semoga dapat anak yang soleh dan solehah.. Dan bagi yang single cam aku nih, semoga dipertemukan jodoh la hendaknya..hehehe.. Amin..

Selamat Tahun Baru 2010!

Friday, December 25, 2009

Musim Mengawan

Well, nearly end of the year, it's musim mengawan..hee..Ramai schoolmates, coursemates and mates yang lain getting enggaged and married..Waaa~ Ade majlis yang aku dapat hadiri ada yang tak..Mintak ampun mintak maaf mana yg aku tak sempat menghadirkan diri tuh ye..

Congratulations to Syaza & fiancee..
Congratulation to Huzaidah & fiancee..
Congratulations to Jijie & Bard for their engagement..
Congratulations also to Arziana and husband..
Congratulations to Kak Ain and Husband, Bakri..
^-^

Aku suke tengok org kawen nih..heee ^^
Aku?
Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya :P

So, tomorrow i'll be attending my coursemate's engagement..Miss Farhana Zainal..Sungguh tidak disangka ya Fana..hee..Mesti Fana sedang berdebar-debar sekarang nih..Untuk Farhana, Congratulations my dear friend..heee..I'm happy for you..See ya tomorrow!

Monday, November 30, 2009

Swiss ban mosque minarets in surprise vote..

By ALEXANDER G. HIGGINS, Associated Press Writer Alexander G. Higgins, Associated Press Writer Sun Nov 29, 6:40 pm ET
***

GENEVA – Swiss voters overwhelmingly approved a constitutional ban on minarets on Sunday, barring construction of the iconic mosque towers in a surprise vote that put Switzerland at the forefront of a European backlash against a growing Muslim population.

Muslim groups in Switzerland and abroad condemned the vote as biased and anti-Islamic. Business groups said the decision hurt Switzerland's international standing and could damage relations with Muslim nations and wealthy investors who bank, travel and shop there.

"The Swiss have failed to give a clear signal for diversity, freedom of religion and human rights," said Omar Al-Rawi, integration representative of the Islamic Denomination in Austria, which said its reaction was "grief and deep disappointment."
About 300 people turned out for a spontaneous demonstration on the square outside parliament, holding up signs saying, "That is not my Switzerland," placing candles in front of a model of a minaret and making another minaret shape out of the candles themselves. "We're sorry," said another sign. A young woman pinned to her jacket a piece of paper saying, "Swiss passport for sale."

The referendum by the nationalist Swiss People's Party labeled minarets as symbols of rising Muslim political power that could one day transform Switzerland into an Islamic nation. The initiative was approved 57.5 to 42.5 percent by some 2.67 million voters. Only four of the 26 cantons or states opposed the initiative, granting the double approval that makes it part of the Swiss constitution.
Muslims comprise about 6 percent of Switzerland's 7.5 million people. Many are refugees from the Yugoslav wars of the 1990s and about one in 10 actively practices their religion, the government says.

The country's four standing minarets, which won't be affected by the ban, do not traditionally broadcast the call to prayer outside their own buildings.The sponsors of the initiative provoked complaints of bias from local officials and human-rights group with campaign posters that showed minarets rising like missiles from the Swiss flag next to a fully veiled woman. Backers said the growing Muslim population was straining the country "because Muslims don't just practice religion."

"The minaret is a sign of political power and demand, comparable with whole-body covering by the burqa, tolerance of forced marriage and genital mutilation of girls," the sponsors said. They said Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan compared mosques to Islam's military barracks and called "the minarets our bayonets." Erdogan made the comment in citing an Islamic poem many years before he became prime minister.

Anxieties about growing Muslim minorities have rippled across Europe in recent years, leading to legal changes in some countries. There have been French moves to ban the full-length body covering known as the burqa. Some German states have introduced bans on head scarves for Muslim women teaching in public schools. Mosques and minaret construction projects in Sweden, France, Italy, Austria, Greece, Germany and Slovenia have been met by protests.

But the Swiss ban in minarets, sponsored by the country's largest political party, was one of the most extreme reactions.
"It's a sad day for freedom of religion," said Mohammed Shafiq, the chief executive of the Ramadhan Foundation, a British youth organization. "A constitutional amendment that's targeted towards one religious community is discriminatory and abhorrent."
He said he was concerned the decision could have reverberations in other European countries.
Amnesty International said the vote violated freedom of religion and would probably be overturned by the Swiss supreme court or the European Court of Human Rights.

The seven-member Cabinet that heads the Swiss government had spoken out strongly against the initiative but the government said it accepted the vote and would impose an immediate ban on minaret construction.
It said that "Muslims in Switzerland are able to practice their religion alone or in community with others, and live according to their beliefs just as before." It took the unusual step of issuing its press release in Arabic as well as German, French, Italian and English.

Sunday's results stood in stark contrast to opinion polls, last taken 10 days ago, that showed 37 percent supporting the proposal. Experts said before the vote that they feared Swiss had pretended during the polling that they opposed the ban because they didn't want to appear intolerant.

"The sponsors of the ban have achieved something everyone wanted to prevent, and that is to influence and change the relations to Muslims and their social integration in a negative way," said Taner Hatipoglu, president of the Federation of Islamic Organizations in Zurich. "Muslims indeed will not feel safe anymore."
The People's Party has campaigned mainly unsuccessfully in previous years against immigrants with campaign posters showing white sheep kicking a black sheep off the Swiss flag and another with brown hands grabbing eagerly for Swiss passports.

Geneva's main mosque was vandalized Thursday when someone threw a pot of pink paint at the entrance. Earlier this month, a vehicle with a loudspeaker drove through the area imitating a muezzin's call to prayer, and vandals damaged a mosaic when they threw cobblestones at the building.
_________
Associated Press Writers Shafika Mattar in Amman, Jordan, Eliane Engeler in Basel, Jennifer Quinn in London and Giovanni Fontana in Rome contributed to this report.

RENUNG-RENUNGKAN LAH~

Friday, November 20, 2009

Adilkah?

Aku dikatakan berpura-pura?
Aku berpura-pura?
Ya Allah..Tidak pernah sekali terlintas di hati aku..
Apa yang aku buat semuanya dari hati aku..
Ikhlas..Aku ikhlas..
Aku hanya ingin melihat,membuat orang-orang di sekeliling aku bahagia..
Berapa sahaja harganya, aku sanggup bayar hanya untuk melihat orang-orang yang aku sayang itu bahagia..
Itu sahaja niat aku..
Tetapi aku telah disalah ertikan..
Adilkah bagi aku?
Ya Allah..Engkau sahaja yang tahu..
Kau tetapkan lah hatiku ini Ya Allah..

Wednesday, November 18, 2009

Separuh Jiwaku Pergi~

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku..

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar kumencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
Benar kumencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Benar kumencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
Benar kumencintaimu
Tapi tak begini
Kau khinati hati ini
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar kumencintaimu..


** Hari-hari lagu ni berputar di HotFM..

Monday, November 16, 2009

Aku dan Accident Tidak Dapat Dipisahkan

Sepanjang tahun nih, aku rasa aku ngan accident tu memang tak dapat dipisahkan. Macam pagi tadi, kejadian berlaku semasa aku dalam perjalanan ke ofis dari rumah aku ke Masai melalui Lebuhraya Pasir Gudang yang terkenal dengan jammed dan juga kenderaan-kenderaan berat yang banyak.

Aku sedang memandu di lorong kanan ketika itu, sedang morning call with Kak Nuri (ini adalah satu kesalahan, jangan contohi yah!) tiba-tiba aku ternampak kereta yang sedang dilanggar sebuah lori di Lebuhraya Pasir Gudang-JB, yang sebelah sana la, terpusing-pusing terus masuk ke lorong aku. Berderau darah aku, menjerit terus, dan aku sempat elak, mujur lorong kiri aku tiada kenderaan. Kalau tak, bayangkan la~ Tak pasal-pasal kan.

Aku beristighfar banyak kali.Astaghfirullah,Astaghfirullah,Astaghfirullah.
Terima kasih Ya Allah..Alhamdulillah..

Sunday, November 15, 2009

Di mana OTAK!!

Ni pendapat aku la eh. Aku tak tau la orang lain fikir camne. Semua pun terpulang pada pandangan dan cara berfikir masing2 la. So aku harap tiada yang rase offended ngan pendapat aku nih.

Situasi 1 : Cakap tak serupa bikin
Aku da banyak sangat jumpa orang camni sebenarnya. Cakap gedegang gedegung.Tapi tak apply kat diri sendiri. Camne tuh ek?Sometimes aku jadi tak faham ngan orang yang bersikap camni. Nak tunjukkan diri dia tuh bagus sangat, kiranya nak impress org la kan..tapi habuk pun takde.Ade aku kesah?Kesah jugak sebab nanti aku menyampah laa~

Situasi 2 : Perasan bagus sangat, cakap dia je sume betul!
Ni lagi satu jenis orang yang akan buat aku menyampah. Kalo aku rase bende tu tak betul, aku bagitau la kan. Tapi dia ingat diri dia bagus sangat. Sikit pun tak hormat pendapat orang. Aku bukan suruh dia terima bulat advise aku tu, tapi minta difikirkan la. Mana yang rase ok,amek. Yang tak ok, tolak tepi. Saling mengingatkan tu kan bagus.

Situasi 3 : Batu Api
Nih lagi dahsyat!Aku kalo jumpa org camni, rasa cam nak lempang jek. Biar padan ngan muka dia. Ape daa.. Tak leh tengok orang lain senang. Busuk sangat hati tuh! Bagus ke laga-lagakan orang ni? Dapat apa seh?

Boleh tak kalo nak buat apa2 tu pikir dulu?Pakai OTAK la. Kan Allah tuh kurniakan kita Otak=Akal untuk berfikir?Aku bukan nak cakap aku baik sangat. Tidak. Aku pun manusia biasa. Ada kelemahan. Kita semua serupa kan. Tapi janganlah tunjuk sangat kelemahan tuh. Rasional la sikit. Kan ade pepatah, Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati.. Tuh pasal la kena fikir guna OTAK.

Fikirlah, kita nih hidup bermasyarakat. Dan semua orang ada hati dan perasaan. Jangan fikir diri kita je. The world doesn't evolve around you or around me only..BUT AROUND US!

Puteri Chempaka Caygy Cassandra

First of all, i would like to congratulate Mr. Mohd Faizal Raihan a.k.a Berg and his lovely wife, Mrs. Raja Nur Sheha a.k.a Tita for their new born, Puteri Chempaka Caygy Cassandra * tergeliat lidah nak sebut nama..panjang kan??hee..Welcome to the world!

The baby which we called CAYGY (to be pronounced = K-gi) since dlm perut lagi memang cute gile! Ade gak yang panggil Kogie, haa..lantak la..She was born on Friday 6th,November 2009 at 4.05 pm..Pergh~ tak sangka aku ingat seh :p

So Caygy, cepat la besar.Jadi baby yag comel pastu leh jadi model.hehhe..Aunty harap Caygy membesar dengan sihat, tapi jangan la sihat sangat cam ayahanda Caygy tuh, nanti Aunty kat belakang Caygy org tak nampak :p Be a good girl ok!


I'M BACK!!

From nowhere..hahaha..Lama gile seh tak update blog since Ramadhan hari tu..da berapa kali raya da..sampai da nak Hari Raya Aidiladha lak :p

Well, actually tidak ke mana2 pun.Sebenarnya aku sakit.Sakit berfesbuk :p Kes addict la nih. Lagi la bila kazen aku si Haziq tuh ajar men game Farmville kt FB tuh, hari2 nak tengok pokok..hee..TV pun aku jarang tengok da..kalo orang tanye current issues, sepatah haram pun aku tak tau. Dahsyat penangan FB nih!!

So, sape yang baru2 men FB tuh, jangan jadi cam aku okeh!

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi..
rasa cam sekejap jek masa berlalu..
diam tak diam da 8 bulan meninggalkan zaman study..
inilah kali pertama saya berpuasa di rumah..
heee..

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini..
saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan selama mengenali diri saya ini..sesungguhnya tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T..
semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita..amin..

Friday, August 7, 2009

tomorrow

for the time being i really hate the word 'tomorrow'..
argh~
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .