RSS

Monday, November 16, 2009

Aku dan Accident Tidak Dapat Dipisahkan

Sepanjang tahun nih, aku rasa aku ngan accident tu memang tak dapat dipisahkan. Macam pagi tadi, kejadian berlaku semasa aku dalam perjalanan ke ofis dari rumah aku ke Masai melalui Lebuhraya Pasir Gudang yang terkenal dengan jammed dan juga kenderaan-kenderaan berat yang banyak.

Aku sedang memandu di lorong kanan ketika itu, sedang morning call with Kak Nuri (ini adalah satu kesalahan, jangan contohi yah!) tiba-tiba aku ternampak kereta yang sedang dilanggar sebuah lori di Lebuhraya Pasir Gudang-JB, yang sebelah sana la, terpusing-pusing terus masuk ke lorong aku. Berderau darah aku, menjerit terus, dan aku sempat elak, mujur lorong kiri aku tiada kenderaan. Kalau tak, bayangkan la~ Tak pasal-pasal kan.

Aku beristighfar banyak kali.Astaghfirullah,Astaghfirullah,Astaghfirullah.
Terima kasih Ya Allah..Alhamdulillah..

No comments:

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .