alkisahnya en. Mahfuz a.k.a CMP telah menyatakan hasratnya untuk pulang ke JB bersamaku hari itu.so, after nyam2, kami follow CMP ke officeya.katanya mahu mengambil barang dahulu sebelum pulang ke JB bersama-sama.
Office CMP yang letaknya di Damansara *kalau tak silap aku la* merupakan pusat jualan kenderaan baru dan terpakai. kami sangatlah teruja melihat kereta2 yang dipamerkan di situ kerana semuanya hot2 belaka dan berharga ratusan ribu ringgit.sempat gak la tanya price untuk kereta idaman aku *ceh, macam banyak duit la kan*
keinginan kami untuk lekas pulang ke JB terbantut dek kerana hujan yang turun mencurah2.kami berbual-bual sebentar sambil menunggu hujan reda sedikit.
nak dijadikan cerita, CMP tidak jadi mengikutku pulang bersama-sama kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. jadi, dengan hati yang mulia CMP menawarkan diri untuk me'reverse'kan kereta aku di dalam hujan yang lebat itu.
nak tau apa yang berlaku?
haaa..
sewaktu CMP me'reverse'kan kereta aku, tiba-tiba..GEDEGAAANGGG!
CMP melanggar tiang!* anom yang merupakan saksi kejadian kerana pada ketika itu aku dalam posisi menoleh ke belakang.
muka ku tersenyum kelat selepas di beritahu tentang kejadian itu.
CMP yang dalam keadaan panik, untuk kali keduanya hampir2 pula menyagat kereta Bentley yang berharga RM 750K..aku tersenyum kelat lagi..
hai CMP, macam mana la kau bawak kereta nih. kecederaan kereta ku agak teruk kerana daya pelanggaran agak kuat.lampu confirm pecah, bumper pun pecah, dan ada bahagian2 yang kemek dan perlu diketuk.* mati!macam mana nak bagitau my daddy nih.aku menjadi petak.*
CMP berulang kali meminta maaf, katanya nanti dia ganti. ok la.tak kisah,CMP tidak sengaja kerana blind spotnya tidak berfungsi dengan baik ketika itu.
aku juga melahirkan rasa syukur kerana bukan Toyota Wish aku yang ditimpa kecederaan.biasanya aku ke KL memandu Toyota Wish tersebut *tak bawak sebab roadtax and isurance mati, belum ada duit nak renew.ngehee* tapi kali ini aku memandu kereta yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.kalau tak, lagi parah.
kejadian ini kami jadikan sebagai pengajaran.
esoknya, my daddy datang ke rumah.aku menunjukkan kecederaan kereta.nasib baik tak membebel, dia cakap gi cepat hantar repair kat kedai MEOW..fuhhh~ alhamdulillah..
Seattle Move Signals Decline of Yellow Pages
6 years ago