RSS

Monday, July 19, 2010

19/07

Dua tahun lalu, pada tarikh ini aku mengenali apa itu cinta. Ya, memang dia bukan yang pertama hadir dalam hidup aku. Tetapi dia adalah CINTA PERTAMA. Cinta pertama yang diharapkan akan ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat. Namun, impian itu tidak kesampaian :(

Segala harapan dan usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan impian itu daripada musnah sama sekali menemui jalan buntu. Takdirnya, aku mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tiada orang ke 3, ke 4...Cuma tidak sehaluan lagi. Kejamkah aku? Keputusan itu dibuat lantaran aku tidak mahu menyakiti dirinya. Tidak sanggup walhal hatiku sendiri pun terluka....

Kekecewaan yang dirasakan tidak dapat digambarkan. Hari-hari yang kulalui begitu sukar sebenarnya. Zahirnya aku masih lagi boleh buat orang lain ketawa, tersenyum..tetapi dalam hatiku tak siapa yang tahu. Walaupun ada yang menawarkan diri untuk mengubati kekecewaan hati ini, tetapi ianya tidak dapat memadamkan rasa cinta, perasaan, ingatan dan segala kenangan sewaktu bersama dirinya..Setiap kali teringatkan dirinya, hatiku sayu..pilu..confirm nangis punye..

Orang kata CINTA PERTAMA memang sukar untuk dilupakan. Memang itu la yang aku alami sekarang.

Ya Allah, Kau tabahkan lah hatiku untuk menempuhi dugaan Mu ini. Kau limpahkanlah segala rahmat, kebaikan dan kebahagiaan kepada dirinya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. KepadaMu aku berserah Ya Allah..Aku redha andai ini yang terbaik untuk kami berdua..

P/S : Terima kasih buat dia kerana memberikan aku peluang untuk menyayangi dan mencintai dirinya walaupun sekejap.Itu sudah memadai bagiku.

**Apakah jiwang malam2 ni?hehe..Suara hatiku~

4 comments:

Reyna Ren said...

aku faham akan persaan itu huny.. bertabahlah ya!! pasti ada yang lebih baik buat kita. T____T

bersangka baiklah pada Allah. ^____^

Anonymous said...

Jangan menyesal apa yg berlaku sbb apa yg telah terjadi tu, qada' dan qadar dariNya.. Bila kita x beriman pd qada'dan qadar, maka gugur lah satu rukun dlm rukun iman.. Once x cukup rukun iman, maka kIta bukan dr orang mukmin.. Chill anizah~ :)

Ani Azizah said...

rina : hopefully rin..insya Allah..sama2 la kte berdoa..thanx..

anonymous : thanx..saya redha dgn apa yg berlaku..

Anonymous said...

Baik.. Sama2 kasih.. :P

So how's ur life lately? Okay?

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .