RSS

Monday, March 29, 2010

Dari Pagi sampai Malam : Part 1

14/3/2010 - Sejak awal pagi aku bersiap untuk menghadiri dua majlis berbeza. Pukul 9 pagi aku berkejar ke majlis Maulidur Rasul anjuran My Daddy..Aku tidak dapat menunggu majlis habis kerana bergegas pula ke Bandar Enstek, Nilai untuk menghadiri majlis perkahwinan bestfriend aku, Ben dan Rahmah. Tapi ni majlis sebelah perempuan, aci redah jek la. Drop by di Batu Pahat untuk mengambil teman setia ku, then terus rushing ke Nilai. Malangnya tak dapat tengok Ben bersanding sebab kami tiba agak lewat. Lebih kurang pukul 2.30 ptg..

Sampai sana perut memang lapar nak mati da, ape lagi makan dulu la. Sampai sekarang aku still teringat rendang tok tuh.Sodap!

Sebonarnyo den tak sangka la si Ben ni kawen dalam jangka masa terdekat coz dio penah cakap kat den dio nak kawen mase umur 30..hahaha..Ben,Ben..Walaucamne pun den tumpang gembira la untuk Ben, akhirnya dio bertemu juga dgn pasangan sehidup sematinya.Insya Allah. Amin..

Ben ni den kenal maso den sekolah teknik dulu. Sekolah den dokat dengan sekolah dio. Jadi balik sekolah same2 la ngan lagi sorang kamceng, Anas. Dulu kitorang selalu lepak kt foodcourt bus stand Larkin tu. Diorang ni la tukang backup den.Ngeh2..Tapi masing2 pun da kawen. Tinggal den sorang je la ni.Hehe :D Teringat la den kat zaman kitorang nakal2 dulu..Hehe :D


Untuk Ben & Rahmah, 
Selamat Pengantin Baru..
Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat..

Selepas majlis tersebut, terus ke KL..Mengambil kesempatan untuk berdating..Hehe..Dengan Mahfuz!

No comments:

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .