RSS

Wednesday, September 15, 2010

Haruskah diuji?

Setiap hari manusia diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan. Allah berikan kita ujian bukan saja-saja je tau, tapi Allah nak mengangkat darjat kita disisiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya sekiranya Allah tidak merasakan hambaNya itu tidak mampu untuk menempuhinya. Semoga kita terus tabah dan sabar menghadapi setiap ujian Allah. Bertawakallah kepada Allah.

Pertama sekali saya nak ucapkan salam takziah buat Rita di atas peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Semoga Rita terus tabah dan cekal menghadapi hidup ini ya Rita!

Yang keduanya, buat teman Ezzuan Nasir & keluarga yang telah kehilangan isteri tercinta pagi tadi (15/9/2010) Noor Aisyah Latif, juga teman saya. Saya sangat terkejut kerana tahu arwah sakit dan beberapa kali melawat beliau tetapi tidak sangka sebegini cepat pula arwah meninggalkan kita di usia baru 25 tahun. Allah lebih sayangkan kau Ca, aku redha di atas pemergian kau kerana tak sanggup melihat kau menderita lebih lama. Semoga kau tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Buat Ezzuan a.k.a Bob, banyak2kan bersabar bro.Istighfar banyak.Semoga kau terus kuat mengharungi hidup ini!

Mati itu pasti!

Alfatihah~

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohNya..

No comments:

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .