RSS

Wednesday, September 15, 2010

Kenapa raya kali ini tak best?

Sebab saya jatuh sakit dan akhirnya dimasukkan ke hospital kerana denggi.
Tak dapat makan ketupat banyak2, tak dapat raya juga.


Saya dimasukkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang kerana demam tak baik-baik-denggi. Tetapi setelah saya membuat muka comel2 dan muka buat2 cam dah baik, saya dibenarkan pulang ke rumah. Admit 1 hari je.14/9 - 15/9..hehhehe..Terima kasih kepada doktor & nurse2 yg baik. Saya lebih tenang di rumah. Duduk kat hospital tuh boring la. Amek darah dah entah bpe kali, drip entah bpe botol..

Buat family dan kawan2 yang datang melawat, terima kasih ya!Saya sayang kalian!
Terima kasih gak kat adik saya yang menjaga saya..


Sesungguhnya sakit itu menghapuskan dosa.

Haruskah diuji?

Setiap hari manusia diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan. Allah berikan kita ujian bukan saja-saja je tau, tapi Allah nak mengangkat darjat kita disisiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya sekiranya Allah tidak merasakan hambaNya itu tidak mampu untuk menempuhinya. Semoga kita terus tabah dan sabar menghadapi setiap ujian Allah. Bertawakallah kepada Allah.

Pertama sekali saya nak ucapkan salam takziah buat Rita di atas peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Semoga Rita terus tabah dan cekal menghadapi hidup ini ya Rita!

Yang keduanya, buat teman Ezzuan Nasir & keluarga yang telah kehilangan isteri tercinta pagi tadi (15/9/2010) Noor Aisyah Latif, juga teman saya. Saya sangat terkejut kerana tahu arwah sakit dan beberapa kali melawat beliau tetapi tidak sangka sebegini cepat pula arwah meninggalkan kita di usia baru 25 tahun. Allah lebih sayangkan kau Ca, aku redha di atas pemergian kau kerana tak sanggup melihat kau menderita lebih lama. Semoga kau tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Buat Ezzuan a.k.a Bob, banyak2kan bersabar bro.Istighfar banyak.Semoga kau terus kuat mengharungi hidup ini!

Mati itu pasti!

Alfatihah~

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohNya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada kaum keluarga, sahabat handai, warga SCHSB,SKSB & KSCB serta kaum muslimin dan muslimat di dunia ini. Maaf zahir dan batin dari Aniazizah sekeluarga.


Monday, September 6, 2010

Buat Rita & Family

Terkejut dengan berita kehilangan public figure ini! Saya mengenali anak perempuan sulung public figure ini walaupun saya dan anaknya tidaklah rapat semasa pengajian di UiTM Machang dulu kerana berlainan course. Cuma kalau terserempak, pasti bertegur sapa kerana kami sama2 komander dahulu.



Buat Rita & Family, I hope u all sabar k. Be strong. I doakan semoga ur dearest mom dapat dijumpai dengan segera dan dalam keadaan selamat. Sama2 lah kita semua panjatkan doa kepada Allah s.w.t supaya mereka yang dilaporkan hilang itu selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa.Amin. Insya Allah.

Raya Oh Raya : Bhg 2 (Kisah Peniaga)

Alkisahnya aku & family gi shopping kat Plaza Angsana. Teman adik-adik aku ler. Jalan punya jalan, aku ternampak lah baju kurung sebijik cam aku punya-aku bali baju kurung tuh sebelum raya Rm 89.00, masa tuh beli kat Tesco Plentong. Sekali je, aku belek la tag harga dia = RM 140! Terkejut siot!

Explain please?

Sekiranya aku yang menjual baju kurung tuh, pada fikiran aku, time nak raya ni lah nak mark-up harga. Orang mesti beli punya!!

Tipah tertipu bang~ Hehe..

Raya Oh Raya : Bhg 1

Tinggal beberapa hari saja lagi berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini dan menjelmalah Syawal-hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Kalau kat JB nih, sana sini jalan jammed. Malas betul nak keluar kalau takde ape yang nak dibeli. Baik shopping mall, bazar semua penuh tak kira bangsa. Melayu, Cina India semua pun shoppingg. Maklumlah 1 Malaysia =)

So, untuk raya tahun ini aku tak kisah sangat nak beli baju. Adalah sepasang dua. Rasanya baju lain yang tak pakai lagi pun ada, ataupun baru pakai sekali. Yang tak sempat hantar jahit pun ada. Hehe..Raya tahun ni aku sibuk transform rumah. Sampai merajuk atok aku sebab aku kemas rumah tak ajak dia. Abes tu mood mengemas datang tengah2 malam, dah tentulah atok aku dah tido. Takkan la nak kejut pulak. Tak sampai hatilah, father. Sorry ok..

Rumah atok aku ni kat hall dia set kayu jati. Aku kurang suka sebab sakit la punggung nak duduk atas kerusi tuh lama2 dan tak leh nak baring =P Sebab tuh beli sofa baru. Set kayu jati tuh aku letak luar ganti sofa kat luar yang dah koyak2-kucing aku cakar. Hehe.Then,langsir pun aku ganti baru, pastu tambah la perhiasan sikit. Tukar bunga semua. Oklah. Berbaloi-baloi. Sekurang2nya nampak jugak duit aku ke mana kan. Takde lah membazir beli benda2 yang berfaedah. Alhamdulillah, even bisness slow,tapi rezeki tuh tetap ada..Sama-sama lah kongsi..

Kuih raya?Hmm..Awal2 lagi dah tunjuk. Mana sempat nak buat. Hehe. Cik Saliza, saya nak rasa tart 'orang dah nak kawen' awak tuh boleh kan? Kan? Kan?

Hmmm.. Duit raya pulak? Pun dah settle. Dah siap masuk sampul =)

Bila dah siap semua nih, senang keje aku. Boleh tumpukan kepada proses mengutip hutang pula.Hehe.

p/s : Aku nak pesan sikit la, kalau shopping tuh ingat2 sikit. Jangan main pakai beli je, rancang perbelanjaan. Pastu jangan over budget, kalau boleh cari yang murah pun takpe, janji cantik. Pastu jangan lupa menabung untuk masa depan. Jangan pulak dah menabung pastu korek balik. Tak cun la kalo camtu ok!
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .