RSS

Friday, July 30, 2010

Bakat Terpendam

Jangan tak tau saya mempunyai bakat terpendam :P
Selain pekerjaan yang saya lakukan sekarang, saya juga membantu Mummy saya - Mak Andam di kedai beliau.Hehe.Pasang pelamin, deco khemah, make-ups etc.
Yang paling saya suka ialah make-ups.
Ianya merupakan salah satu cara to release the tense of workloads at the office.
Menconteng muka orang (make-up) memberikan satu perasaan yang menenangkan =)


Miera - Di hari pertunangan beliau





I had fun.Saya suka!

Monday, July 26, 2010

Cinta Pertama

Cinta Pertama hanya dirimu..
Cinta Pertama mengajar aku..
Kita bersama sekadar waktu..
Sedagkan aku mencintaimu..
Maafkan aku..
Maafkan aku meluka hatimu..

Aku berduka Tuhan yang tahu..
Aku melara menentang waktu..
Maafkan aku dosa-dosaku..
Maafkan aku oh kasihku..
Maafkan aku..
Maafkan aku..


Friday, July 23, 2010

Perut

Menu hari ini :

Tomyam Mee - 1 mangkuk sederhana besar + Ngecek Tomyam Farra
Chicken Wing - 3 ketul
Kerabu Udang
Ice blended Chocolate
ABC

Semuanya habis dimakan oleh AKU.Gila ah!

Lokasi : Bangkok Village, Danga Bay,JB

Air Jampi 'Kaw' Punya!

Semalam atok aku buatkan air jampi 'kaw' punya untuk aku. Kata beliau, biar hati n fikiran aku tenang dan tak celaru lagi.

Kata beliau lagi, air itu mesti diminum sebelum tido. Sebelum minum baca selawat 3kali, then tinggalkan sikit buat basuh muka.Aku turutkan.

Hasilnya?Wah!Pagi ini aku terasa seperti tiada lagi kecelaruan itu. Alhamdulillah-syukur kepada Allah.Aku jadi lebih bersemangat-kalo tak before dis g opis cam nak taknak je,fikiran melayang2,entah apa2.

Terima kasih Ya Allah..Terima kasih father (panggilan manja atok aku)..Hee..

Tuesday, July 20, 2010

Kejam!Kejam!Kejam!

Sebentar tadi aku menonton video di Facebook,tu pun tak abes nonton (tak sanggup rasanya) - di mana seorang perempuan telah dengan bangganya memijak seekor anak kucing dengan kasut tumit tingginya sehingga MATI!

KEJAM!
KEJAM!

Apalah salah anak kucing tu? Nih la yang dikatakan manusia berperangai lebih daripada binatang. Aku betul2 marah. Naseb baik perempuan tuh-masa dia buat perangai haram dia tuh-bukan depan aku. Kalau tak, confirm dia dah rasa kaki aku.

Bukan nak doakan, tapi 1 day dapatlah balasan. Tak kat dunia, kat akhirat.

Sesiapa yang menzalimi makhluk2 Allah pasti akan menerima balasan yang setimpal!
- Aku tak tau nak cakap apa -
Sedih~

p/s : Rasanya tak perlu aku post video tuh kot.Buat aku teringat2 jek..

Monday, July 19, 2010

19/07

Dua tahun lalu, pada tarikh ini aku mengenali apa itu cinta. Ya, memang dia bukan yang pertama hadir dalam hidup aku. Tetapi dia adalah CINTA PERTAMA. Cinta pertama yang diharapkan akan ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat. Namun, impian itu tidak kesampaian :(

Segala harapan dan usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan impian itu daripada musnah sama sekali menemui jalan buntu. Takdirnya, aku mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tiada orang ke 3, ke 4...Cuma tidak sehaluan lagi. Kejamkah aku? Keputusan itu dibuat lantaran aku tidak mahu menyakiti dirinya. Tidak sanggup walhal hatiku sendiri pun terluka....

Kekecewaan yang dirasakan tidak dapat digambarkan. Hari-hari yang kulalui begitu sukar sebenarnya. Zahirnya aku masih lagi boleh buat orang lain ketawa, tersenyum..tetapi dalam hatiku tak siapa yang tahu. Walaupun ada yang menawarkan diri untuk mengubati kekecewaan hati ini, tetapi ianya tidak dapat memadamkan rasa cinta, perasaan, ingatan dan segala kenangan sewaktu bersama dirinya..Setiap kali teringatkan dirinya, hatiku sayu..pilu..confirm nangis punye..

Orang kata CINTA PERTAMA memang sukar untuk dilupakan. Memang itu la yang aku alami sekarang.

Ya Allah, Kau tabahkan lah hatiku untuk menempuhi dugaan Mu ini. Kau limpahkanlah segala rahmat, kebaikan dan kebahagiaan kepada dirinya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. KepadaMu aku berserah Ya Allah..Aku redha andai ini yang terbaik untuk kami berdua..

P/S : Terima kasih buat dia kerana memberikan aku peluang untuk menyayangi dan mencintai dirinya walaupun sekejap.Itu sudah memadai bagiku.

**Apakah jiwang malam2 ni?hehe..Suara hatiku~

Wednesday, July 7, 2010

Kita Serupa

Jangan pernah kita membeza-bezakan..
Miskin atau kaya sama sahaja..
Barangkali di dunia kita adalah orang yang paling kaya..
Tetapi itu tidak bermakna kita adalah orang yang paling mulia di sisi Allah..

Kita semua serupa..
Kita semua adalah makhluk dan hamba Allah..
Bersyukurlah kepada Allah di atas segala limpahan kurnianya..
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .