RSS

Monday, March 29, 2010

Dari Pagi sampai Malam : Part 1

14/3/2010 - Sejak awal pagi aku bersiap untuk menghadiri dua majlis berbeza. Pukul 9 pagi aku berkejar ke majlis Maulidur Rasul anjuran My Daddy..Aku tidak dapat menunggu majlis habis kerana bergegas pula ke Bandar Enstek, Nilai untuk menghadiri majlis perkahwinan bestfriend aku, Ben dan Rahmah. Tapi ni majlis sebelah perempuan, aci redah jek la. Drop by di Batu Pahat untuk mengambil teman setia ku, then terus rushing ke Nilai. Malangnya tak dapat tengok Ben bersanding sebab kami tiba agak lewat. Lebih kurang pukul 2.30 ptg..

Sampai sana perut memang lapar nak mati da, ape lagi makan dulu la. Sampai sekarang aku still teringat rendang tok tuh.Sodap!

Sebonarnyo den tak sangka la si Ben ni kawen dalam jangka masa terdekat coz dio penah cakap kat den dio nak kawen mase umur 30..hahaha..Ben,Ben..Walaucamne pun den tumpang gembira la untuk Ben, akhirnya dio bertemu juga dgn pasangan sehidup sematinya.Insya Allah. Amin..

Ben ni den kenal maso den sekolah teknik dulu. Sekolah den dokat dengan sekolah dio. Jadi balik sekolah same2 la ngan lagi sorang kamceng, Anas. Dulu kitorang selalu lepak kt foodcourt bus stand Larkin tu. Diorang ni la tukang backup den.Ngeh2..Tapi masing2 pun da kawen. Tinggal den sorang je la ni.Hehe :D Teringat la den kat zaman kitorang nakal2 dulu..Hehe :D


Untuk Ben & Rahmah, 
Selamat Pengantin Baru..
Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat..

Selepas majlis tersebut, terus ke KL..Mengambil kesempatan untuk berdating..Hehe..Dengan Mahfuz!

Friday, March 19, 2010

Chicken Chop Lima Hengget!

Actually dah lama gak aku teringin nak makan kat Hutan Bandar JB yang terkenal ngan chicken chop 5 henggetnya tuh..Siap masuk paper lagi tau!Beberapa kali juga plan nak makan kat sini tergendala. But finally dapay gak la rasa.

Pemergian kali ini hanya disertai oleh aku, Yati dan Anom. Abong datang lewat sedikit. Sebelum tu dah call Jijie, tapi beliau pulang ke kampung. Call Dato' Mamat pula, beliau sedang dating :D hehehe..

Pada pendapat aku memang layak la chicken chop tuh berharga RM 5..Nak kata sedap, tak jugak. Semua pun tak abes makan. Tak tahu la kalo tukang masak kurang deria rasa pada ketika itu. Wallahualam..




Thursday, March 11, 2010

Komputer Riba

Komputer ribaku yang telah banyak berjasa dulu akhirnya sudah tidak sapat digunakan lagi. Masih aku ingat ini adalah komputer ribaku yang kedua yang dibeli kerana komputer yang pertama dulu telah pun selamat hilang di KLIA.Owh, aku masih teringat peristiwa kehilangan komputer riba itu dan aku menangis di Burger King KLIA mengenangkan naseb. Sigh~ Mana taknya pada zaman mula2 aku beli komputer riba, aku beli masa tahun 2004 semasa di semester 2 Diploma di UiTM Machang. Pada ketika itu, harga laptop mak oii, mahal gila. Yang pertama aku beli - brand NEC berharga RM 5,000. Pergh, ni kalo beli skrg bleh dapat dua, tak pun VAIO yg mantap sikit. Pastu hilang di KLIA semasa aku transit nak balik ke Kelantan. Baru setahun digunakan.

Then, 1 sem aku tak guna laptop. Part 6 aku beli lagi,disponsor oleh nenek aku. Heee :D This time aku beli harga dia RM 3999. Mahal jugak.Tapi sebab dia kaler putih punya pasal,mase tuh VAIO pun xkeluar lagi kaler putih. Yang ni aku pkai lama sampai degree n sampai la December 2009. Pastu innalillah.

Lama gak aku pikir nak beli yang baru. Survey2 harga gak. Mula2 aku nak beli VAIO, yang comel tuh. Tapi harga dia not worth. Mengarut! Ni nak placing leh la. Kejadahnya aku nak placing2 ni..Cess..past nk kena beli external DVD ROM plak..Kan da tambah cost.DELL plak tak berapa comel aku tengok. Kaler memangla macam2.

At last aku beli HP..Harga ok la, tidaklah semahal yang lama dulu mahupun VAIO. Complete set dapat ngan external2 dia sekali. RM 2K lebih sikit je. Aku masih lagi mengekalkan citarasa putih yang bermaksud suci. But processor AMD..Mula2 aku takut gak nak beli, coz rumours ckp AMD cepat panas, cepat rosak, bla bla bla..Aku tanya salesman tuh betul2..Serious ke tak cepat panas?Kalo rosak aku nak pulang balik. But since AMD processor aku yang terkini, so dia kata dah stabil. (Biasalah orang nak jual barang ni. Sume pun baik kan) Tapi pada aku sama je, kalo pandai jaga, alhamdulillah, tahan la. So, good thing~
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .