RSS

Tuesday, March 17, 2009

Salam Maulidur Rasul..

Rasulullah..
dalam mengenangmu..
kami susuli lembaran sirahmu..
pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran..

Engkau taburkan pengorbananmu..
untuk umatmu yang tercinta..
biar terpaksa tempuh derita..
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Tak terjangkau tinggi pekertimu..
tidak tergambar indahnya akhlakmu..
tidak terbalas segala jasamu..
sesungguhnya engkau Rasul mulia..

Tabahnya hatimu menempuh dugaan..
mengajar erti kesabaran..
menjulang panji kebenaran..
terukir namamu di dalam Al-Quran..

Salam Maulidurrasul..mungkin belum terlewat lagi untuk aku mengucapkannya..lagu di atas ini pernah aku nyanyikan dulu bersama kumpulan nasyid sekolah ketika pertandingan nasyid peringkat zon sekolah rendah sempena majlis sambutan maulidur rasul sebagai vokalis utama..masa tuh version Kumpulan Hijjaz untuk lagu nih belum ada lagi..he he..

This weekend kalau tak silap aku ada majlis sambutan Maulidurrasul di Kg. Dato' Bentara (nenek & atok aku pernah duduk sini dulu)..aku tidak mahu ketinggalan untuk turut serta..tahun lepas aku tak dapat ikut, kerana masih di Segamat..

2 comments:

alien said...

vokalis utama..
hebat nie..

Ani Azizah said...

hehee..ala..suara cam nyanyi dalam bilik air je.hehee..

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .