RSS

Friday, October 8, 2010

Reunion SKUT Batch 1991-1997

Aha!Event ini berlaku pada 16/9/2010-selepas satu hari saya discharge dari hospital.Kikiki..Jangan korang tak tau, sebab nak join event ni la saya pujuk2 Dr. Peter mintak keluar hospital cepat :P Punyalah bersemangat nak jumpa kawan2 lama-ada yang 12 tahun lost contact.

Bertempat di Steamboat Taman Mount Austin, kami berkumpul seawal jam 6 petang. Asalnya ni reunion untuk kelas 6 Melur, tapi dah alang-alang mencelur pekasam kan.6 Mawar ke, 6 Orkid ke, dan budak2 kelas lain pun boleh join sekaki la.Tak kesah janji budak2 SKUT..hehhehe..Masa announce kat FB., jangan cakap la-notification beribu-ribu.hehe..Alhamdulillah, ramai juga yang datang lebih kurang 20-30 orang. Terima kasih kepada organizer-Cik Nurul Fazdasima, Cik Nurul Hidayati & Encik Ismail. Next year buat lagi k!We had fun, makan-makan..Ada yang datang bawak bakal & tak kurang juga yang bawak anak!








Aktiviti selepas reunion pula ialah :-








Wanie & Rinna bukan budak SKUT tapi telah diculik pada malam tersebut. Kami karaoke kat Today's Tiram yang ada pawagam 3D pertama di Johor Bahru (bangga kejap)..Malam tuh nyanyi sakit tekak sebab microphone tak sedap..Bukan suara yang tak sedap okeh!Macam-macam lagu kami nyanyi-paling best lagu KRU.Kami tribute to Rosdi Yusof sebab masa kat SKUT dia die-hard fan KRU..hehehhe..

Sudahnya saya sampai rumah pukul 2 pagi dan esoknya kena bebel sebab tak baik lagi tapi merayap sampai pagi.Sorry mak~

2 comments:

health-beauty-slimming said...

bestnye karaoke ramai2

nurwafiy said...

mak aihh...cheq tak tau pun..sedihnya la aku..dah lama nak jmpa kwn2 lama (apa aku ckp nie)..hangpa semua kejam (silap aku gak yg tak alert)..aku dok beria-ia tnya bila nk wat,,tup2 dah wat pun
:-(..wat balik la pls..wat balik...huhu..terkilan sebab aku dok dekat jer tapi tak tau lak.kelas aku lak tu..nak jumpa hangpa semua :(

~luqman~

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .