Aku terpanggil untuk menulis hari ini kerana merasa terhina di atas satu tulisan blog oleh Aduka Taruna. Aku tak pasti la si Aduka Taruna ni rakyat negeri mana. Kalaulah rakyat negeri Johor, baik buang negeri je.
Kutuk sana, kutuk sini. Sekali terkutuk Almarhum Sultan Johor la.Aduhai. Jangan lah begini Aduka.Tak baik la. Kita pun bukannya sempurna sangat, baik sangat. Aku tau la Malaysia ni negara demokrasi, rakyat bebas memberi pendapat. Tapi jangan lah sampai melukakan hati mana-mana pihak atau menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. Ini publisiti murahan namanya Aduka.
Cuba la kau letakkan diri kau tu ditempat Keluarga Diraja Johor serta kaum kerabatnya, adakah kau boleh terima kata-kata kesat itu?Ataupun cuba kau letakkan situasi itu bila orang kutuk2 ayah kau, kau marah tak?Kalau aku la kan, meja pun boleh terbalik bila orang kutuk ayah aku.
Aku tau kau dah mintak maaf tapi yang pastinya pihak berkuasa sedang menyiasat perkara ini. Next time berhati-hatilah. Kalaulah kau dikenakan apa-apa hukuman selepas ini, aku harap kau ambil iktibar la eh.
Yang baik hanya datang dari Allah, dan yang buruk dari kita semua,hambanya.