RSS

Friday, August 13, 2010

Apabila Situasi Tidak Memihak Kepada Kita

Aku tidak menyalahkan sesiapa di atas peristiwa yang berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa. Aku anggap ini adalah dugaan orang yang berpuasa, menguji kesabaran dan juga kebijaksanaan aku menyelesaikan masalah. Aku akui kesilapan ataupun kecuaian datang daripada aku sendiri dek kerana terlupa tarikh-mungkin terminum air yang ada semut barangkali.

Namun begitu, aku telah mencuba sedaya upaya aku untuk memperbetulkan kesilapan itu-pada ketika itu dalam kepala aku ni dah terbayang-bayang wajah ayahanda.Dah terngiang-ngiang kat telinga ayat-ayat yang bakal keluar sekiranya usahaku itu mencapai buntu. Aku hanya mampu beristighfar dan tidak mahu mengalah-aku mencari dan menggunakan inisiatif lain, mana yang boleh belasah je.Jam dah nak dekat kul 10.30 ni. Kalau tak..I'm DEAD. Nak dijadikah cerita, usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berhasil juga - Mangsa keadaan CDM yang tidak berfungsi, dah tiga tempat ni. Last aku pecut ke Taman Sri Tebrau, jauh wei..Tapi dah terlambat. Aku tengok jam - 10.38..Adoi..Aku PASRAH, Ya Allah..

Aku pulang dengan wajah hampa. Siap sedia dimarah.

P/S : Ada hikmah disebalik semua ini. Semoga aku tak lupa lagi - makan kismis banyak2!

2 comments:

alien said...

ada apakah?

SalizaKadir said...

CDM tak berfungsi?

sepertinya aku tau apakah permasalahan itu..(bahasa taknak kalah)

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .