Saya sebenarnya sangat suka bila ada kawan2 yang mahu menceburi bidang perniagaan. Saya suka tengok kawan2 saya senang-maka saya gembira. Semasa saya belajar di UiTM dahulu-saya ingat lagi subjek Strategic Management, saya pernah bertanya kepada pensyarah - Encik Marzuki. Begini bunyi soalan saya.
"En. Ki, kalau dalam exam, kita nak jawab soalan2 yang berkaitan, ada jawapan yang spesifik ke untuk soalan2 exam tu?"
En. Ki menjawab,"Tiada, apa-apa jawapan bagi soalan itu tidak ada yang salah dan diterima asalkan ada point. Semuanya betul kerana cara-cara menguruskan sesebuah perniagaan adalah bergantung kepada kebijaksanaan usahawan itu sendiri dan setiap usahawan ada cara mereka sendiri."
Jawapan yang En. Ki berikan tu memang LOGIK.
Dalam dunia yang serba maju sekarang, saya perhatikan semua orang mahu berniaga,buat bisnes tetapi tidak mahu berbuat apa-apa-pendek kata tunggu duit datang bergolek di kaki.Semua mahu kaya cepat.Semua berlumba-lumba nak masuk Skim Cepat Kaya yang kononnya bukan Skim Cepat Kaya dengan berlindung di bawah satu organisasi lain. Tapi hakikatnya memang Skim Cepat Kaya pun. Dulu ada juga individu-individu yang ajak saya join skim-skim nih, tapi minta maaflah, saya memang tidak berminat sebab saya dah tengok dengan mata kepala saya sendiri dulu2 ayahanda saya kena tipu, atok saya, pakcik-pakcik saya, malahan sepupu-sepupu saya juga.Last-last habuk pun takde!Pada fikiran saya, mana ada duit datang bergolek melainkan dengan usaha kita sendiri-tidak kiralah bekerja sendiri atau makan gaji.
Saya menjadikan pengalaman-pengalaman orang lain ini sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna buat saya dalam erti kata lain, untuk mengelak daripada ditipu, teripu dan menipu. Dan supaya saya lebih berhati-hati dalam menilai orang. Maklumlah, sekarang nih banyak yang bertopeng. Tapi Allah punya kuasa kan.Kalau Dia nak menguji, kita pun tak tau bila.
Saya minta maaf kerana menggelarkan orang-orang yang cepat nak kaya ni sebagai 'Mat Jenin'..
Seattle Move Signals Decline of Yellow Pages
6 years ago