RSS

Wednesday, February 17, 2010

Unforgettable Moment

Buat pertama kalinya selepas setahun graduasi kami berkumpul. Wawaweee~ Thanx to Cik Irwina Aris (kini telah bergelar Puan :P) kerana melangsungkan pernikahan pada 13/2/2010 dan majlis persandingan pada  hari berikutnya di Taman Johor Jaya dan sekaligus memberikan kami peluang bergosip secara face to face dan menjadi unforgettable moment!

Sedari pagi aku menunggu ketibaan mereka. Rombongan Pertama : Pear, Apek, A'an & Jade tiba di JB dari KL lebih kurang pukul 3 petang..*panjang berjela message aku nak direct jalan ke rumah aku melalui exit Senai Utara ke Pasir Gudang~Senai~Desaru Express Highway :) Then diorang tunggu kat Petronas Desa Cemerlang coz nak cari hotel for Apek. Setelah usai 'mencampakkan' Apek di Fully House Hotel, Taman Desa Tebrau yang mana aku kategorikan sebagai segitiga emas kerana berdekatan dengan Kedai Mamak Sayed, 7E, Guardian, Jusco Tebrau City dan Tesco. Rombongan Pertama aku bawa terus ke rumah nenekku di Taman Bukit Jaya untuk berkampung.

Rombongan Kedua : Cik Scott dan Jantung Hatinya, Encik Kebal tiba agak lewat sedikit kerana menghadiri majlis perkahwinan yang lain. Bila semua dah jumpa, korang tau la kan. Meriah jadinya! hehe..Terus bergossip nyah!

Memandangkan Majlis Pernikahan Irwina a.k.a Awin bermula jam 5 petang, tanpa berlengah kami segera bersiap. Then terus gerak ke rumah Awin. Rombongan ke majlis pernikahan hanya dihadiri oleh kami, The Hot Chicks :P

Lebih kurang pukul 5 kami tiba di rumah Awin.

 

  
 Apabila Cik Pear memakai heels, camni la jadinya. 
Aku berasa begitu rendah diri..

  

  

Majlis Pernikahan Awin & Husband, Zul

Hanya dengan sekali lafaz, Awin sah menjadi milik Zul. Suasana sebak tidak dapat dibendung lantaran air mata kegembiraan dan kemachoan terjatuh juga akhirnya. *Sempat juga aku berangan. Agaknya nanti aku kahwin, camni gak lak ek. Haaa~ Korang, siap2 nak kecipak kecipung!Muahahah..A'an, ko kat row depan tau!

Selesai majlis pernikahan, kami pun ke majlis makan.hehe.Lapauuuunyeee~

Then, terus pulang ke rumah. Untuk program malam, aku plan nak bawak diorang makan chicken chop RM5 kat hutan bandar.Tape memandangkan malam itu malam rambu ramba, plan terpaksa ditukar. Terlalu banyak plan seperti menonton movie, lepak di Danga Bay. But at last plan Incik Kebal yang menjadi = Chang Kala OK di Diva Taman Suria. Fully sponsored by uncle aku, Cik Su. Hee..Karaoke dan makan sampai muntah! Ditanggung beres! Bilik VVIP!

Acara melalak berakhir pada pukul 12 tgh malam. Tak sangka semua ada bakat terpendam. Boleh jadi artis tuh..Nak sign~

After that, kitorang ke Bazar Karat yang terletak di town JB. Bazar ni cam Downtown la. Sempat juga sambar selipar, t-shirt. Coz the price is very affordable. Round2 kat situ je da dekat kul 2 pagi. Semuanya dah kedahagaan, terus ke Singgah Selalu. Lepak sekejap kat situ. Apek dan Incik Kebal layan shisha. Aku ngn Pear sekadar mencuba. Heee.. Sedut2 tak kuar asap..Hahaha..Pastu tekak perit. Ambik kau!

Mata yang ngantuk jadi kurang ngantuk. Berborak2 then balik.sampai rumah lebih kurang kul 3.30 pagi dan menunggu masa untuk disorongkan bantal. Sempat lagi bergosip sebelum tido. Hahahah.. Kul bape aku tertido pun tak tau..Heee.. Woi, tido la.Sok nak bangun awal. Present belum wrap lagi :P

Nota kaki : Buat masa ini , gambar-gambaran masa karaoke dan di Bazar Karat tidak dapat diuploadkan kerana kena tunggu Scott upload kt FB..heheheh..


2 comments:

Mr feckry said...

kenduri kawen selalu jadi reunion kan

Ani Azizah said...

hehe..yep betul..kenduri kawen dan kenduri tunang..pastu kenduri potong jambul, kenduri berkhatan..etc..heheh..pape pn, mmg best!

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .