RSS

Thursday, February 18, 2010

The Next Day..

Sambungan episod semalam ..**cam tajuk cerita ek?heee ^^

So, pagi tersebut mata masing2 semua celik lebih kurang dalam kul 9 lebih. Bangun, breakfast, mandi dan bersiap. Lebih kurang kul 12 semua telah bertukar menjadi gorgeous babes..muaahahah..Tapi yang paling gergeous adalah JADE..weewiitt!!Berkebaya pario siot!Tang dari kepala sampai ke kain sgt OK, bila tengok dia pakai selipar jamban warna sedondon ngn baju dia, adoyai..heehee..

Rombongan kami tiba di rumah Awin lebih kurang pukul 1 petang..Makan dulu seperti biasa sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki. Lepas makan terus duduk dalam bagi si dara..Mintak mahap la wahai teruna2 kerana kamu terpaksa tunggu di luar dan kepanasan.

Kami di dalam pun kepanasan gak dek kerana menunggu pengantin lelaki yang tak kunjung tiba. Waktu bersanding pukul 2 petang, tapi sampai pukul 3 batang hidung pun tak nampak lagi. Kami resah dan gelisah menunggu ketibaan pengantin lelaki gamaknya seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Waktu-waktu keresahan itu kami isikan dengan aktiviti bergambar.. **aku rasa kita la yang paling happening dan bising kat dalam rumah. Muahahah..Peace!

Melaram spec RayBan Incik Kebal dan juga sunglass GUCCI Scot..hahahha..Kelakar gila!**dan daku pun terjatuh cinta kat spec RayBan Incik Kebal tu.Nice dan sangat kiut ok!




Namun yang dinanti tak kunjung tiba. Kami terpaksa bergerak awal kerana masing2 sudah kesuntukan masa. Perjalanan masih jauh untuk diteruskann. Dalam hati ada taman, dalam taman ada tasik..Terdetik kesedihan kerana tidak dapat menyaksikan Awin bersanding di pelaminan berkonsepkan taman bersama Sang Suami Tercinta. Mintak mahap banyak2 eh Awin, kami terpaksa mengundurkan diri.

Selamat Pengantin Baru buat Awin dan suami..Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..Semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan Semoga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal Alamin~




Nota kaki : Ladies, selepas ini kena buat reunion lagi okeh. Mari kite bincangkan di FB ^^

2 comments:

Hafiz Yusof said...

selamat pengantin baru

Ani Azizah said...

tq (saya menjawab bagi pihak awin) :P

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .