RSS

Wednesday, February 3, 2010

Bikin Panas!

SIMPANG RENGGAM, 30 Jan 2010 - Pembuka tirai untuk tahun 2010 bagi Majlis Menamatkan Zaman Bujang dan Dara ialah majlis perkahwinan Arif dan Mila. Majlis perkahwinan yang bertemakan Dalam Hati Ada Taman, Dalam Taman Ada Tasik ini sangat indah dengan gabungan warna coklat dan gold. Mila nampak begitu jelita pada hari itu. Arif juga tidak kurang segaknya berbaju Melayu, bertanjak dan berkeris Taming Sari laksana seorang pahlawan Melayu. Pheewiit!!

Krew Bikin Panas juga tidak ketinggalan menghadiri majlis ini secara konvoi yang tak berapa nak konvoi.
**Abong, i tau la kete u pkai enjin turbo.
**Kak Ela, mati2 la Ani ingat Kak Ela jadi penunjuk jalan. Bleh tahan laju 140km/h..
**Aku tertinggal di belakang. Sampai terlepas exit Simpang Renggam :P

Konvoi dari JB sepatutnya disertai oleh 4 buah kereta. Namun begitu di saat2 akhir, 3 buah kereta terpaksa bertolak dahulu dek kerana satu kereta lagi yang dipandu oleh Encik Murang bersama co-pilots iaitu Cik Anom dan Cik Aliya telah menemankan Encik Palem membuang dosa-dosa kecil di kuil berdekatan Plaza Angsana kerana pada tarikh ini jatuh Hari Thaipusam.

Dari JB - Cik Ani Azizah, Cik Farhana, Cik Nur Fadlin dan Cik Nor Azah
             - Encik Abong
             - Cik Suhaila, Cik Faezah, Cik Syaza dan Cik Huzaidah
             - Encik Murang, Encik Palem, Cik Anom dan Cik Aliya
Dari Batu Pahat - Cik Saliza dan Encik Ehem2nya
Dari Kota Tinggi - En Ceycak dan Cik Permaisurinya
Dari Pontian - Cik Arni
Dari Kluang - Cik Mardziah & Cik Salihah
Dari mana2 - Cik Syuhana & Encik Rais
dan Cik Napsiah..

Krew Bikin Panas begitu teruja menghadiri majlis perkahwinan ini. Huuu..Best2! Seronok tengok kawan2 bahagia.

Kepada Mila dan Arif, Selamat Pengantin Baru..Selamat menempuh alam rumahtangga.. Semoga berbahagia dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..Serta semoga mendapat anak yang soleh dan solehah plus comel!

Kepada Cik2 yang bakal bergelar 'Puan' tak lama lagi..Insya Allah..Semoga dipermudahkan segala urusan.. Amin..

Tak lupa juga kepada Encik2 dan Cik2 yang single, heee... Paham2 sudey!

P/S :  Kepada Syuhana dan Rais, Selamat Bertunang in advance :)


 


3 comments:

SalizaKadir said...

haha tiba2 aku terasa best sangat bila buat journal camni

setiap kali kawan kawen kita buat journal..cam rentetan sejarah la haha

best best..lain kali buat lagi biar kawan2 yang tak gi terasa jeles lantas taknak ketinggalan satu majlis pun dan secara tak langsung memeriahkan lagi majlis =D

-=PTDWNB=- said...

pasti meriah majlis itu!

-=PTDWNB=-

Ani Azizah said...

scott : hahha..betul3x..heee..kte kena tggu la wedding card spe yg smpai pasni..huhu..i mmg nga tggu wedding card u..hehhe..i nk yg ade bunyi2 ek!

PTDWNB : of course!cm reunion pn ade gk!

 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .