RSS

Sunday, April 4, 2010

Masih Lagi Dengan Perkahwinan

Nampaknya episod kawan-kawan aku kahwin tahun ni memang menjadi2.Hehe.Dah sampai seru dah.Benda baik kan.Tahniah diucapkan kepada Pengantin-Pengantin Baru di bawah ini. Semoga berbahagia dan berkekalan hendaknya sehingga akhir hayat kalian.Amin.

27 Mac 2010,Ulu Tiram - Majlis persandingan Azie berlangsung meriah even pada masa itu blackout.Satu Taman Murni, Ulu Tiram terputus bekalan elektrik. Namun semuanya berjalan lancar. Azie sangat cantik hari itu dengan busana putih pinknya.

 
Yang baju pink tuh coming soon..

Dulu Azie satu sekolah dengan aku dari sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah teknik. Kiranya Azie teman main guli,main getah,belon acah sama2 ar dulu. Lepas SPM da lost contact ngan dia. Ada la terserempak sekali dua kat town, yelah..Time tuh kitorang semua study lagi kan. Baru2 nih je jumpa kat FB..Alhamdulillah...Selamat berbahagia Azie!

28 Mac 2010, Felda Linggiu - Yang ni pulak majlis persandingan Kak Elly. Kak Elly nih dulu satu office ngan aku masa praktikal. Terlanjur aku nak jmpe budak-budak office masa praktikal dulu, aku pun gi la..Huish, riuh rendah jadinya.Havoc gila kitorang!Habis pelamin orang!

Tahniah Kak Elly!
Yang sebelah kiri aku tuh dah pernah naik pelamin dah..
Katanya,mengimbau kenangan silam..

Nota kaki : Kalau la bakal mak mertua nampak ni,cancel la jawabnye!hikhik..

Saturday, April 3, 2010

Feeling pulak malam2 nih..

Lagu ini memang selalu aku nyanyikan setiap kali berkaraoke.Pendek kata, pendek yang kata,lagu ni memang makanan aku. Tetapi berlainan sekali apabila lagu ini aku tujukan dan nyanyikan khas buat DIA pada hari itu.Semoga DIA mengerti isi hati aku.



Setiaku Di Sini By Ziana Zain

Cik Caygy

Tetiba teringat kat anak menakan aku ni.Dah lama tak menjenguk beliau.Masa mula,kecik je beliau ni.2 3 bulan lepas tuh, terperanjat aku. Da besau beliau. Memanjang pulak tuh. Barangkali da besar nanti mesti tinggi tahap model :) Sudah tidur agaknya.Yelah, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Caygy,nanti Aunty Anie free, Aunty datang jenguk Caygy ngan Aunty Nuri eh.Jangan nakal2. Dengar cakap Bonda & Ayahanda a.k. Jack & the Beanstalk punye jin :p

C.O.M.E.L


Dari Pagi sampai Malam : Part 2

Okeh.Sambung entry tadi. Kat mana tadi ek?Hah, after dat kitorang gi la dating ngan Mahfuz jap kt Sushi King KLCC. Makan dan makan coz after dis aku dan dia nak ke RHB Learning Center Bangi. Jam menunjukkan hampir pukul 8 dah. Dalam hati berkata-kata, "Pukul Berapa nak balik JB ni?Sok keje..Hahah.." Tahu pulak jalan. Seb baik la girlfren aku Siti Fairuz a.k.a Pear tuh duk Bangi. Suh la Pear hantarkan..Amek dia kat umah..Terima kasih Cik Pear..Masa on the way ke Learning Center tuh, baru la aku tau ade roundabout pukul 7.30.HAHAHAHA :D

Korang tengok plate Mahfuz..Huhu..

So, after hantar dia kat RHB Learning Center, aku ngan Pear mula la gatai kaki nak berjimba..heheheh..Ajak A'an sebab dia kate teringin sangat nak naek kete baru aku.Ok A'an, pergi balik RM 10 je..kawan2 punya pasal..So, amek A'an kat uma dia Presint 9, Putrajaya then g la makankat Foodcourt Presint 9..A'an open table seh..Langkah kanan kitorang..Western food tuh!hehehe..Terima kasih A'an yang kami sayang..heheheh..wink2 ^^

Besar gile Chicken Chop dia!


Taukeh Besar malam tuh!


Apabila muka sudah kenyang..

Hajat nak pulang ke JB malam tuh jugak terpaksa dibatalkan. Penat~ Schedule penuh satu hari. Haha. Maka aku bermalam sahaja di rumah Pear. Pillow talk sampai tertido..Esok awal2 pagi, around 7 am aku bergerak pulang ke JB terus g ofis..
Sekian..

Monday, March 29, 2010

Dari Pagi sampai Malam : Part 1

14/3/2010 - Sejak awal pagi aku bersiap untuk menghadiri dua majlis berbeza. Pukul 9 pagi aku berkejar ke majlis Maulidur Rasul anjuran My Daddy..Aku tidak dapat menunggu majlis habis kerana bergegas pula ke Bandar Enstek, Nilai untuk menghadiri majlis perkahwinan bestfriend aku, Ben dan Rahmah. Tapi ni majlis sebelah perempuan, aci redah jek la. Drop by di Batu Pahat untuk mengambil teman setia ku, then terus rushing ke Nilai. Malangnya tak dapat tengok Ben bersanding sebab kami tiba agak lewat. Lebih kurang pukul 2.30 ptg..

Sampai sana perut memang lapar nak mati da, ape lagi makan dulu la. Sampai sekarang aku still teringat rendang tok tuh.Sodap!

Sebonarnyo den tak sangka la si Ben ni kawen dalam jangka masa terdekat coz dio penah cakap kat den dio nak kawen mase umur 30..hahaha..Ben,Ben..Walaucamne pun den tumpang gembira la untuk Ben, akhirnya dio bertemu juga dgn pasangan sehidup sematinya.Insya Allah. Amin..

Ben ni den kenal maso den sekolah teknik dulu. Sekolah den dokat dengan sekolah dio. Jadi balik sekolah same2 la ngan lagi sorang kamceng, Anas. Dulu kitorang selalu lepak kt foodcourt bus stand Larkin tu. Diorang ni la tukang backup den.Ngeh2..Tapi masing2 pun da kawen. Tinggal den sorang je la ni.Hehe :D Teringat la den kat zaman kitorang nakal2 dulu..Hehe :D


Untuk Ben & Rahmah, 
Selamat Pengantin Baru..
Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat..

Selepas majlis tersebut, terus ke KL..Mengambil kesempatan untuk berdating..Hehe..Dengan Mahfuz!

Friday, March 19, 2010

Chicken Chop Lima Hengget!

Actually dah lama gak aku teringin nak makan kat Hutan Bandar JB yang terkenal ngan chicken chop 5 henggetnya tuh..Siap masuk paper lagi tau!Beberapa kali juga plan nak makan kat sini tergendala. But finally dapay gak la rasa.

Pemergian kali ini hanya disertai oleh aku, Yati dan Anom. Abong datang lewat sedikit. Sebelum tu dah call Jijie, tapi beliau pulang ke kampung. Call Dato' Mamat pula, beliau sedang dating :D hehehe..

Pada pendapat aku memang layak la chicken chop tuh berharga RM 5..Nak kata sedap, tak jugak. Semua pun tak abes makan. Tak tahu la kalo tukang masak kurang deria rasa pada ketika itu. Wallahualam..




Thursday, March 11, 2010

Komputer Riba

Komputer ribaku yang telah banyak berjasa dulu akhirnya sudah tidak sapat digunakan lagi. Masih aku ingat ini adalah komputer ribaku yang kedua yang dibeli kerana komputer yang pertama dulu telah pun selamat hilang di KLIA.Owh, aku masih teringat peristiwa kehilangan komputer riba itu dan aku menangis di Burger King KLIA mengenangkan naseb. Sigh~ Mana taknya pada zaman mula2 aku beli komputer riba, aku beli masa tahun 2004 semasa di semester 2 Diploma di UiTM Machang. Pada ketika itu, harga laptop mak oii, mahal gila. Yang pertama aku beli - brand NEC berharga RM 5,000. Pergh, ni kalo beli skrg bleh dapat dua, tak pun VAIO yg mantap sikit. Pastu hilang di KLIA semasa aku transit nak balik ke Kelantan. Baru setahun digunakan.

Then, 1 sem aku tak guna laptop. Part 6 aku beli lagi,disponsor oleh nenek aku. Heee :D This time aku beli harga dia RM 3999. Mahal jugak.Tapi sebab dia kaler putih punya pasal,mase tuh VAIO pun xkeluar lagi kaler putih. Yang ni aku pkai lama sampai degree n sampai la December 2009. Pastu innalillah.

Lama gak aku pikir nak beli yang baru. Survey2 harga gak. Mula2 aku nak beli VAIO, yang comel tuh. Tapi harga dia not worth. Mengarut! Ni nak placing leh la. Kejadahnya aku nak placing2 ni..Cess..past nk kena beli external DVD ROM plak..Kan da tambah cost.DELL plak tak berapa comel aku tengok. Kaler memangla macam2.

At last aku beli HP..Harga ok la, tidaklah semahal yang lama dulu mahupun VAIO. Complete set dapat ngan external2 dia sekali. RM 2K lebih sikit je. Aku masih lagi mengekalkan citarasa putih yang bermaksud suci. But processor AMD..Mula2 aku takut gak nak beli, coz rumours ckp AMD cepat panas, cepat rosak, bla bla bla..Aku tanya salesman tuh betul2..Serious ke tak cepat panas?Kalo rosak aku nak pulang balik. But since AMD processor aku yang terkini, so dia kata dah stabil. (Biasalah orang nak jual barang ni. Sume pun baik kan) Tapi pada aku sama je, kalo pandai jaga, alhamdulillah, tahan la. So, good thing~

Monday, February 22, 2010

Pesanan Buat Kekasih

Walaupun hatiku kau lukai
Namun ku masih menyayangi
Kerna sehingga waktu ini cinta ku masih untuk mu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingat daku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

---

 

Semoga kau mengerti~

**Picture copied from www.sazzyflurry.blogspot.com

Thursday, February 18, 2010

The Next Day..

Sambungan episod semalam ..**cam tajuk cerita ek?heee ^^

So, pagi tersebut mata masing2 semua celik lebih kurang dalam kul 9 lebih. Bangun, breakfast, mandi dan bersiap. Lebih kurang kul 12 semua telah bertukar menjadi gorgeous babes..muaahahah..Tapi yang paling gergeous adalah JADE..weewiitt!!Berkebaya pario siot!Tang dari kepala sampai ke kain sgt OK, bila tengok dia pakai selipar jamban warna sedondon ngn baju dia, adoyai..heehee..

Rombongan kami tiba di rumah Awin lebih kurang pukul 1 petang..Makan dulu seperti biasa sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki. Lepas makan terus duduk dalam bagi si dara..Mintak mahap la wahai teruna2 kerana kamu terpaksa tunggu di luar dan kepanasan.

Kami di dalam pun kepanasan gak dek kerana menunggu pengantin lelaki yang tak kunjung tiba. Waktu bersanding pukul 2 petang, tapi sampai pukul 3 batang hidung pun tak nampak lagi. Kami resah dan gelisah menunggu ketibaan pengantin lelaki gamaknya seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Waktu-waktu keresahan itu kami isikan dengan aktiviti bergambar.. **aku rasa kita la yang paling happening dan bising kat dalam rumah. Muahahah..Peace!

Melaram spec RayBan Incik Kebal dan juga sunglass GUCCI Scot..hahahha..Kelakar gila!**dan daku pun terjatuh cinta kat spec RayBan Incik Kebal tu.Nice dan sangat kiut ok!




Namun yang dinanti tak kunjung tiba. Kami terpaksa bergerak awal kerana masing2 sudah kesuntukan masa. Perjalanan masih jauh untuk diteruskann. Dalam hati ada taman, dalam taman ada tasik..Terdetik kesedihan kerana tidak dapat menyaksikan Awin bersanding di pelaminan berkonsepkan taman bersama Sang Suami Tercinta. Mintak mahap banyak2 eh Awin, kami terpaksa mengundurkan diri.

Selamat Pengantin Baru buat Awin dan suami..Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..Semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan Semoga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal Alamin~




Nota kaki : Ladies, selepas ini kena buat reunion lagi okeh. Mari kite bincangkan di FB ^^

Wednesday, February 17, 2010

Unforgettable Moment

Buat pertama kalinya selepas setahun graduasi kami berkumpul. Wawaweee~ Thanx to Cik Irwina Aris (kini telah bergelar Puan :P) kerana melangsungkan pernikahan pada 13/2/2010 dan majlis persandingan pada  hari berikutnya di Taman Johor Jaya dan sekaligus memberikan kami peluang bergosip secara face to face dan menjadi unforgettable moment!

Sedari pagi aku menunggu ketibaan mereka. Rombongan Pertama : Pear, Apek, A'an & Jade tiba di JB dari KL lebih kurang pukul 3 petang..*panjang berjela message aku nak direct jalan ke rumah aku melalui exit Senai Utara ke Pasir Gudang~Senai~Desaru Express Highway :) Then diorang tunggu kat Petronas Desa Cemerlang coz nak cari hotel for Apek. Setelah usai 'mencampakkan' Apek di Fully House Hotel, Taman Desa Tebrau yang mana aku kategorikan sebagai segitiga emas kerana berdekatan dengan Kedai Mamak Sayed, 7E, Guardian, Jusco Tebrau City dan Tesco. Rombongan Pertama aku bawa terus ke rumah nenekku di Taman Bukit Jaya untuk berkampung.

Rombongan Kedua : Cik Scott dan Jantung Hatinya, Encik Kebal tiba agak lewat sedikit kerana menghadiri majlis perkahwinan yang lain. Bila semua dah jumpa, korang tau la kan. Meriah jadinya! hehe..Terus bergossip nyah!

Memandangkan Majlis Pernikahan Irwina a.k.a Awin bermula jam 5 petang, tanpa berlengah kami segera bersiap. Then terus gerak ke rumah Awin. Rombongan ke majlis pernikahan hanya dihadiri oleh kami, The Hot Chicks :P

Lebih kurang pukul 5 kami tiba di rumah Awin.

 

  
 Apabila Cik Pear memakai heels, camni la jadinya. 
Aku berasa begitu rendah diri..

  

  

Majlis Pernikahan Awin & Husband, Zul

Hanya dengan sekali lafaz, Awin sah menjadi milik Zul. Suasana sebak tidak dapat dibendung lantaran air mata kegembiraan dan kemachoan terjatuh juga akhirnya. *Sempat juga aku berangan. Agaknya nanti aku kahwin, camni gak lak ek. Haaa~ Korang, siap2 nak kecipak kecipung!Muahahah..A'an, ko kat row depan tau!

Selesai majlis pernikahan, kami pun ke majlis makan.hehe.Lapauuuunyeee~

Then, terus pulang ke rumah. Untuk program malam, aku plan nak bawak diorang makan chicken chop RM5 kat hutan bandar.Tape memandangkan malam itu malam rambu ramba, plan terpaksa ditukar. Terlalu banyak plan seperti menonton movie, lepak di Danga Bay. But at last plan Incik Kebal yang menjadi = Chang Kala OK di Diva Taman Suria. Fully sponsored by uncle aku, Cik Su. Hee..Karaoke dan makan sampai muntah! Ditanggung beres! Bilik VVIP!

Acara melalak berakhir pada pukul 12 tgh malam. Tak sangka semua ada bakat terpendam. Boleh jadi artis tuh..Nak sign~

After that, kitorang ke Bazar Karat yang terletak di town JB. Bazar ni cam Downtown la. Sempat juga sambar selipar, t-shirt. Coz the price is very affordable. Round2 kat situ je da dekat kul 2 pagi. Semuanya dah kedahagaan, terus ke Singgah Selalu. Lepak sekejap kat situ. Apek dan Incik Kebal layan shisha. Aku ngn Pear sekadar mencuba. Heee.. Sedut2 tak kuar asap..Hahaha..Pastu tekak perit. Ambik kau!

Mata yang ngantuk jadi kurang ngantuk. Berborak2 then balik.sampai rumah lebih kurang kul 3.30 pagi dan menunggu masa untuk disorongkan bantal. Sempat lagi bergosip sebelum tido. Hahahah.. Kul bape aku tertido pun tak tau..Heee.. Woi, tido la.Sok nak bangun awal. Present belum wrap lagi :P

Nota kaki : Buat masa ini , gambar-gambaran masa karaoke dan di Bazar Karat tidak dapat diuploadkan kerana kena tunggu Scott upload kt FB..heheheh..


Friday, February 5, 2010

Swing Mode Hot Hot Hot

Swing swing nightingale..
Swing swing nightingale..
Aaaaaaa...

Owh forget it!That's not what i mean..
Damn!

It seems like everything is out of order especially my work..So many things to settle down, to think and to remember..Also facing with lots of 'ragam' customers..I hate to raise my voice ok!So, please please and please..I know how to do my work and I'll do the best ok. Please be patient!
** Sume mau cepat, tapi bagi dokumen lambat. Camne nak buat cepat?Bila lambat bising2..Salah aku ke?

I can't wait for weekend. My brain, body and soul need a relax. I need a SPA!!


Bestnye..

Wednesday, February 3, 2010

Already Booked!



Sekitar Majlis Pertunangan Jijie
12/12/2009




Sekitar Majlis Pertunangan Farhana
26/12/2009

Alhamdulillah Cik Jijie & Cik Farhana telah pun selamat bertunang dengan jejaka idaman hati. Oh~ Teruja sekali..Hehe..Marilah kita sama-sama menunggu berita baik dari mereka ini yang bakal bergelar Puan..Maybe tak lama lagi..So, tungguuuuu~

P/S : Ambil Berkat!

Bikin Panas!

SIMPANG RENGGAM, 30 Jan 2010 - Pembuka tirai untuk tahun 2010 bagi Majlis Menamatkan Zaman Bujang dan Dara ialah majlis perkahwinan Arif dan Mila. Majlis perkahwinan yang bertemakan Dalam Hati Ada Taman, Dalam Taman Ada Tasik ini sangat indah dengan gabungan warna coklat dan gold. Mila nampak begitu jelita pada hari itu. Arif juga tidak kurang segaknya berbaju Melayu, bertanjak dan berkeris Taming Sari laksana seorang pahlawan Melayu. Pheewiit!!

Krew Bikin Panas juga tidak ketinggalan menghadiri majlis ini secara konvoi yang tak berapa nak konvoi.
**Abong, i tau la kete u pkai enjin turbo.
**Kak Ela, mati2 la Ani ingat Kak Ela jadi penunjuk jalan. Bleh tahan laju 140km/h..
**Aku tertinggal di belakang. Sampai terlepas exit Simpang Renggam :P

Konvoi dari JB sepatutnya disertai oleh 4 buah kereta. Namun begitu di saat2 akhir, 3 buah kereta terpaksa bertolak dahulu dek kerana satu kereta lagi yang dipandu oleh Encik Murang bersama co-pilots iaitu Cik Anom dan Cik Aliya telah menemankan Encik Palem membuang dosa-dosa kecil di kuil berdekatan Plaza Angsana kerana pada tarikh ini jatuh Hari Thaipusam.

Dari JB - Cik Ani Azizah, Cik Farhana, Cik Nur Fadlin dan Cik Nor Azah
             - Encik Abong
             - Cik Suhaila, Cik Faezah, Cik Syaza dan Cik Huzaidah
             - Encik Murang, Encik Palem, Cik Anom dan Cik Aliya
Dari Batu Pahat - Cik Saliza dan Encik Ehem2nya
Dari Kota Tinggi - En Ceycak dan Cik Permaisurinya
Dari Pontian - Cik Arni
Dari Kluang - Cik Mardziah & Cik Salihah
Dari mana2 - Cik Syuhana & Encik Rais
dan Cik Napsiah..

Krew Bikin Panas begitu teruja menghadiri majlis perkahwinan ini. Huuu..Best2! Seronok tengok kawan2 bahagia.

Kepada Mila dan Arif, Selamat Pengantin Baru..Selamat menempuh alam rumahtangga.. Semoga berbahagia dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..Serta semoga mendapat anak yang soleh dan solehah plus comel!

Kepada Cik2 yang bakal bergelar 'Puan' tak lama lagi..Insya Allah..Semoga dipermudahkan segala urusan.. Amin..

Tak lupa juga kepada Encik2 dan Cik2 yang single, heee... Paham2 sudey!

P/S :  Kepada Syuhana dan Rais, Selamat Bertunang in advance :)


 


Monday, January 25, 2010

Daulat Tuanku!

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur..

Luaskan kuasa dan naungan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan..

DAULAT TUANKU!!



Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya!

Aku terpanggil untuk menulis hari ini kerana merasa terhina di atas satu tulisan blog oleh Aduka Taruna. Aku tak pasti la si Aduka Taruna ni rakyat negeri mana. Kalaulah rakyat negeri Johor, baik buang negeri je.

Kutuk sana, kutuk sini. Sekali terkutuk Almarhum Sultan Johor la.Aduhai. Jangan lah begini Aduka.Tak baik la. Kita pun bukannya sempurna sangat, baik sangat. Aku tau la Malaysia ni negara demokrasi, rakyat bebas memberi pendapat. Tapi jangan lah sampai melukakan hati mana-mana pihak atau menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. Ini publisiti murahan namanya Aduka.

Cuba la kau letakkan diri kau tu ditempat Keluarga Diraja Johor serta kaum kerabatnya, adakah kau boleh terima kata-kata kesat itu?Ataupun cuba kau letakkan situasi itu bila orang kutuk2 ayah kau, kau marah tak?Kalau aku la kan, meja pun boleh terbalik bila orang kutuk ayah aku.

Aku tau kau dah mintak maaf tapi yang pastinya pihak berkuasa sedang menyiasat perkara ini. Next time berhati-hatilah. Kalaulah kau dikenakan apa-apa hukuman selepas ini, aku harap kau ambil iktibar la eh.

Yang baik hanya datang dari Allah, dan yang buruk dari kita semua,hambanya.

Al-Fatihah

Sembah Takzim kepada DYMM Sultanah Johor, Sultanah Zanariah, Keluarga Diraja dan Kaum2 Kerabat yang lainnya Di Atas Kemangkatan DYMM Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Johor Darul Ta'zim serta jajahannya..

Saya/Kami sebagai rakyat negeri Johor turut merasakan kehilangan yang amat besar ini bukan sahaja kepada negeri Johor, tetapi juga kepada negara. Semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah~



Friday, January 8, 2010

Cinta Balqis atau Cinta Hassan?

Addicted~

Mula-mula aku tak berapa nak follow sangat cerita ni. Tapi, lama-lama best pulak. Da nak smpai klimaks cerita kan. Menceritakan tentang Balqis yang mencari cinta sejatinya. Tanpa disedari cinta itu di depan mata. Yang paling aku kesian kan, si Hassan tuh la. Punya la sayang gila si Balqis nih. Dah terlepas sekali, ni bakal-bakal nak terlepas sekali lagi gara-gara ingatan Ezany dah pulih.

Kepada Hassam, mencintai tak semestinya memiliki.
Kepada Balqis, open your eyes darl.
Kepada Kak Senah, aku nak cili-cili mulut ko tuh. Hish, geram aku!
Kepada yang follow cerita nih, selamat menonton!


Kurang Faham, Tidak Faham..

Geram.Sedikit kuciwa.
Gambaran perasaan ketika ini. Entahlah. Aku ke yang tak faham, atau aku ke yang kurang faham? Kepada sesiapa yang mengenali aku, yang sebenar-benarnya aku, pasti mereka tahu yang aku ini orangnya tidak berkira. Mana yang boleh tolong, aku tolong. Pada aku la, hari ini hari mereka, entah esok lusa hari aku pulak kan. Tak siapa tahu. Tapi, yang aku pelik, bila masa aku betul-betul memerlukan pertolongan, masa ni la. Semua mengelak. Bukan nak mengungkit tapi benda ni membuatkan aku berfikir. Fikir, fikir dan fikir. Berkira sungguh dengan aku.

Ok. Tak pe. Terima kasih daun keladi.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009!

Pejam celik pejam celik.. Dah sampai hujung tahun 2009.. Rasa cam cepat sangat masa berlalu..rite? So, biasa la kan..mesti orang tanya ape azam baru..hahaha :P well, to be frank, aku pun tak set lagi azam baru aku..hahahah :P

Tahun 2009 adalah tahun pertama aku terjun ke alam pekerjaan. Baru tau rasa keje camne kan.. Selalunya masa study dulu tahu tadah tangan je tiap2 bulan.. Tetapi bila dah keje ni lain la rasanya.. Duit cari sendiri kan.. Sume pun sendiri yang bayar..hahah.. Baru la rasa pikul tanggungjawab.. heee :)

Kenangan terindah? Kenangan Pahit? Payau? Masam? Macam2..hahahha.. Semuanya ada la.. Takkan lari dari benda2 tuh semua.. Aku hanya mengamalkan sifat bersabar dan berdoa.. Semoga akan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.. Segala salah dan silap, haraplah dimaafkan.. Marilah kita sama2 membuka buku baru (bukan muka buku a.k.a Facebook :P) untuk tahun 2010..

Aku doakan semoga tahun 2010 ini akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. Semoga kita semua diberikan kebahagiaan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, diberkati, dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.. Mana yang jauh tuh didekatkan, yang tegang dikendurkan.. Yang dah bertunang, semoga cepat kawen..hee.. Yang dah berkahwin pulak, semoga dapat anak yang soleh dan solehah.. Dan bagi yang single cam aku nih, semoga dipertemukan jodoh la hendaknya..hehehe.. Amin..

Selamat Tahun Baru 2010!

Friday, December 25, 2009

Musim Mengawan

Well, nearly end of the year, it's musim mengawan..hee..Ramai schoolmates, coursemates and mates yang lain getting enggaged and married..Waaa~ Ade majlis yang aku dapat hadiri ada yang tak..Mintak ampun mintak maaf mana yg aku tak sempat menghadirkan diri tuh ye..

Congratulations to Syaza & fiancee..
Congratulation to Huzaidah & fiancee..
Congratulations to Jijie & Bard for their engagement..
Congratulations also to Arziana and husband..
Congratulations to Kak Ain and Husband, Bakri..
^-^

Aku suke tengok org kawen nih..heee ^^
Aku?
Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya :P

So, tomorrow i'll be attending my coursemate's engagement..Miss Farhana Zainal..Sungguh tidak disangka ya Fana..hee..Mesti Fana sedang berdebar-debar sekarang nih..Untuk Farhana, Congratulations my dear friend..heee..I'm happy for you..See ya tomorrow!
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .