RSS

Saturday, May 28, 2011

Bersawang~

Mak aih..Blog saya dah bersawang-sawang..Aduh~ busy sangat la sekarang ni..

Monday, December 27, 2010

Menang Bergaya

26/12/2010 - Tahniah!Skuad Malaysia merangkul Piala AFF Suzuki menewaskan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk final pertama dengan 3-0 (Riuh rendah rumah dengan pekikan gollllllll!!)

Diharap skuad Malaysia dapat mengekalkan kecemerlangan mereka apabila bertandang ke Stadium Bung Karno, Indonesia untuk final kedua (Apa ade final pertama & kedua ni?Setahu saya final ada satu je :P) hari Rabu ini (29/12/2010).Jangan jadi JAGUH KAMPUNG okeh!

P/S : Bila menang dipuji, bila kalah dikeji.


Dot Dot Dot

A loving relationship is one in which the love one is free to be himself-to laugh with me;but never at me,to cry with me;but never because of me,to love life,to love himself,to love being loved.
Such a relationship is based upon freedom and can never grow in a jealous heart.
 P/S : I Love You ....

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi & umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan & iman yang teguh
Kaum Muhajirin & Ansar bersatu
Rela berkorban harta & nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..

Lagu paling sinonim setiap kali 1 Muharam tiba. Masa sekolah rendah dulu paling suka lagu ni :)

Seperti yang kita ketahui, MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah) - ini bukan Muharam biras Syawal dalam Ahmad Albab okeh.
Saya masih ingat cerita ustaz dulu, sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah dulu dikenali dengan nama Yathrib), kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi.
Penghijrahan Rasulullah s.a.w  memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri.

Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan MUHARAM ialah:
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

P/S : Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah S.W.T..

Tuesday, November 2, 2010

Ulang Tahun Jubli Perak

Selamat hari lahir yang ke 25..
Ya Allah, mudahkanlah anakku melalui ujian di dunia apatah lagi di akhirat..
Tunjukkan lah dia memilih yang benar dan hindarkan dia memilih yang salah dengan rahmatMu Ya Allah..
Lindungilah dia dari kejahatan segala makhluk yang boleh menggugat imannya..
Kasihanilah dia dengan penjagaanMu..
Genggamlah jiwanya dengan kelembutanMu..
Dan bimbinglah akal & perasaannya dengan cahayaMu..

Ya Allah, jadikanlah dia sebagaimana Ismail A.S di sisi Ibrahim A.S pada diriku..
Sesungguhnya Engkau tak pernah menghampakan hambaMu yang memohon dengan menyangka yang baik..
Wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan..
Kuserahkan jiwa anakku dalam penjagaanMu..
Amin..

~ Mama

P/S : Touching gile masa dapat mesej nih..Thanx mom..
Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih banyak2 di atas ucapan-ucapan hari lahir dan doa2 daripada mereka-mereka yang mengenali diri ini - kaum keluarga & sahabat handai. I really appreciate it. Terima kasih kasih sayang dan ingatan yang diberikan.. Semoga sentiasa dalam keberkatan & rahmat Allah.Amin ya rabbal 'alamin..






 

Friday, October 8, 2010

Reunion SKUT Batch 1991-1997

Aha!Event ini berlaku pada 16/9/2010-selepas satu hari saya discharge dari hospital.Kikiki..Jangan korang tak tau, sebab nak join event ni la saya pujuk2 Dr. Peter mintak keluar hospital cepat :P Punyalah bersemangat nak jumpa kawan2 lama-ada yang 12 tahun lost contact.

Bertempat di Steamboat Taman Mount Austin, kami berkumpul seawal jam 6 petang. Asalnya ni reunion untuk kelas 6 Melur, tapi dah alang-alang mencelur pekasam kan.6 Mawar ke, 6 Orkid ke, dan budak2 kelas lain pun boleh join sekaki la.Tak kesah janji budak2 SKUT..hehhehe..Masa announce kat FB., jangan cakap la-notification beribu-ribu.hehe..Alhamdulillah, ramai juga yang datang lebih kurang 20-30 orang. Terima kasih kepada organizer-Cik Nurul Fazdasima, Cik Nurul Hidayati & Encik Ismail. Next year buat lagi k!We had fun, makan-makan..Ada yang datang bawak bakal & tak kurang juga yang bawak anak!








Aktiviti selepas reunion pula ialah :-








Wanie & Rinna bukan budak SKUT tapi telah diculik pada malam tersebut. Kami karaoke kat Today's Tiram yang ada pawagam 3D pertama di Johor Bahru (bangga kejap)..Malam tuh nyanyi sakit tekak sebab microphone tak sedap..Bukan suara yang tak sedap okeh!Macam-macam lagu kami nyanyi-paling best lagu KRU.Kami tribute to Rosdi Yusof sebab masa kat SKUT dia die-hard fan KRU..hehehhe..

Sudahnya saya sampai rumah pukul 2 pagi dan esoknya kena bebel sebab tak baik lagi tapi merayap sampai pagi.Sorry mak~

Wednesday, September 15, 2010

Kenapa raya kali ini tak best?

Sebab saya jatuh sakit dan akhirnya dimasukkan ke hospital kerana denggi.
Tak dapat makan ketupat banyak2, tak dapat raya juga.


Saya dimasukkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang kerana demam tak baik-baik-denggi. Tetapi setelah saya membuat muka comel2 dan muka buat2 cam dah baik, saya dibenarkan pulang ke rumah. Admit 1 hari je.14/9 - 15/9..hehhehe..Terima kasih kepada doktor & nurse2 yg baik. Saya lebih tenang di rumah. Duduk kat hospital tuh boring la. Amek darah dah entah bpe kali, drip entah bpe botol..

Buat family dan kawan2 yang datang melawat, terima kasih ya!Saya sayang kalian!
Terima kasih gak kat adik saya yang menjaga saya..


Sesungguhnya sakit itu menghapuskan dosa.

Haruskah diuji?

Setiap hari manusia diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan. Allah berikan kita ujian bukan saja-saja je tau, tapi Allah nak mengangkat darjat kita disisiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya sekiranya Allah tidak merasakan hambaNya itu tidak mampu untuk menempuhinya. Semoga kita terus tabah dan sabar menghadapi setiap ujian Allah. Bertawakallah kepada Allah.

Pertama sekali saya nak ucapkan salam takziah buat Rita di atas peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Semoga Rita terus tabah dan cekal menghadapi hidup ini ya Rita!

Yang keduanya, buat teman Ezzuan Nasir & keluarga yang telah kehilangan isteri tercinta pagi tadi (15/9/2010) Noor Aisyah Latif, juga teman saya. Saya sangat terkejut kerana tahu arwah sakit dan beberapa kali melawat beliau tetapi tidak sangka sebegini cepat pula arwah meninggalkan kita di usia baru 25 tahun. Allah lebih sayangkan kau Ca, aku redha di atas pemergian kau kerana tak sanggup melihat kau menderita lebih lama. Semoga kau tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Buat Ezzuan a.k.a Bob, banyak2kan bersabar bro.Istighfar banyak.Semoga kau terus kuat mengharungi hidup ini!

Mati itu pasti!

Alfatihah~

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohNya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada kaum keluarga, sahabat handai, warga SCHSB,SKSB & KSCB serta kaum muslimin dan muslimat di dunia ini. Maaf zahir dan batin dari Aniazizah sekeluarga.


Monday, September 6, 2010

Buat Rita & Family

Terkejut dengan berita kehilangan public figure ini! Saya mengenali anak perempuan sulung public figure ini walaupun saya dan anaknya tidaklah rapat semasa pengajian di UiTM Machang dulu kerana berlainan course. Cuma kalau terserempak, pasti bertegur sapa kerana kami sama2 komander dahulu.



Buat Rita & Family, I hope u all sabar k. Be strong. I doakan semoga ur dearest mom dapat dijumpai dengan segera dan dalam keadaan selamat. Sama2 lah kita semua panjatkan doa kepada Allah s.w.t supaya mereka yang dilaporkan hilang itu selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa.Amin. Insya Allah.

Raya Oh Raya : Bhg 2 (Kisah Peniaga)

Alkisahnya aku & family gi shopping kat Plaza Angsana. Teman adik-adik aku ler. Jalan punya jalan, aku ternampak lah baju kurung sebijik cam aku punya-aku bali baju kurung tuh sebelum raya Rm 89.00, masa tuh beli kat Tesco Plentong. Sekali je, aku belek la tag harga dia = RM 140! Terkejut siot!

Explain please?

Sekiranya aku yang menjual baju kurung tuh, pada fikiran aku, time nak raya ni lah nak mark-up harga. Orang mesti beli punya!!

Tipah tertipu bang~ Hehe..

Raya Oh Raya : Bhg 1

Tinggal beberapa hari saja lagi berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini dan menjelmalah Syawal-hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Kalau kat JB nih, sana sini jalan jammed. Malas betul nak keluar kalau takde ape yang nak dibeli. Baik shopping mall, bazar semua penuh tak kira bangsa. Melayu, Cina India semua pun shoppingg. Maklumlah 1 Malaysia =)

So, untuk raya tahun ini aku tak kisah sangat nak beli baju. Adalah sepasang dua. Rasanya baju lain yang tak pakai lagi pun ada, ataupun baru pakai sekali. Yang tak sempat hantar jahit pun ada. Hehe..Raya tahun ni aku sibuk transform rumah. Sampai merajuk atok aku sebab aku kemas rumah tak ajak dia. Abes tu mood mengemas datang tengah2 malam, dah tentulah atok aku dah tido. Takkan la nak kejut pulak. Tak sampai hatilah, father. Sorry ok..

Rumah atok aku ni kat hall dia set kayu jati. Aku kurang suka sebab sakit la punggung nak duduk atas kerusi tuh lama2 dan tak leh nak baring =P Sebab tuh beli sofa baru. Set kayu jati tuh aku letak luar ganti sofa kat luar yang dah koyak2-kucing aku cakar. Hehe.Then,langsir pun aku ganti baru, pastu tambah la perhiasan sikit. Tukar bunga semua. Oklah. Berbaloi-baloi. Sekurang2nya nampak jugak duit aku ke mana kan. Takde lah membazir beli benda2 yang berfaedah. Alhamdulillah, even bisness slow,tapi rezeki tuh tetap ada..Sama-sama lah kongsi..

Kuih raya?Hmm..Awal2 lagi dah tunjuk. Mana sempat nak buat. Hehe. Cik Saliza, saya nak rasa tart 'orang dah nak kawen' awak tuh boleh kan? Kan? Kan?

Hmmm.. Duit raya pulak? Pun dah settle. Dah siap masuk sampul =)

Bila dah siap semua nih, senang keje aku. Boleh tumpukan kepada proses mengutip hutang pula.Hehe.

p/s : Aku nak pesan sikit la, kalau shopping tuh ingat2 sikit. Jangan main pakai beli je, rancang perbelanjaan. Pastu jangan over budget, kalau boleh cari yang murah pun takpe, janji cantik. Pastu jangan lupa menabung untuk masa depan. Jangan pulak dah menabung pastu korek balik. Tak cun la kalo camtu ok!

Friday, August 20, 2010

Mat Jenin

Saya sebenarnya sangat suka bila ada kawan2 yang mahu menceburi bidang perniagaan. Saya suka tengok kawan2 saya senang-maka saya gembira. Semasa saya belajar di UiTM dahulu-saya ingat lagi subjek Strategic Management, saya pernah bertanya kepada pensyarah - Encik Marzuki. Begini bunyi soalan saya.

"En. Ki, kalau dalam exam, kita nak jawab soalan2 yang berkaitan, ada jawapan yang spesifik ke untuk soalan2 exam tu?"

En. Ki menjawab,"Tiada, apa-apa jawapan bagi soalan itu tidak ada yang salah dan diterima asalkan ada point. Semuanya betul kerana cara-cara menguruskan sesebuah perniagaan adalah bergantung kepada kebijaksanaan usahawan itu sendiri dan setiap usahawan ada cara mereka sendiri."


Jawapan yang En. Ki berikan tu memang LOGIK.


Dalam dunia yang serba maju sekarang, saya perhatikan semua orang mahu berniaga,buat bisnes tetapi tidak mahu berbuat apa-apa-pendek kata tunggu duit datang bergolek di kaki.Semua mahu kaya cepat.Semua berlumba-lumba nak masuk Skim Cepat Kaya yang kononnya bukan Skim Cepat Kaya dengan berlindung di bawah satu organisasi lain. Tapi hakikatnya memang Skim Cepat Kaya pun. Dulu ada juga individu-individu yang ajak saya join skim-skim nih, tapi minta maaflah, saya memang tidak berminat sebab saya dah tengok dengan mata kepala saya sendiri dulu2 ayahanda saya kena tipu, atok saya, pakcik-pakcik saya, malahan sepupu-sepupu saya juga.Last-last habuk pun takde!Pada fikiran saya, mana ada duit datang bergolek melainkan dengan usaha kita sendiri-tidak kiralah bekerja sendiri atau makan gaji.

Saya menjadikan pengalaman-pengalaman orang lain ini sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna buat saya dalam erti kata lain, untuk mengelak daripada ditipu, teripu dan menipu. Dan supaya saya lebih berhati-hati dalam menilai orang. Maklumlah, sekarang nih banyak yang bertopeng. Tapi Allah punya kuasa kan.Kalau Dia nak menguji, kita pun tak tau bila.

Saya minta maaf kerana menggelarkan orang-orang yang cepat nak kaya ni sebagai 'Mat Jenin'..

Friday, August 13, 2010

Apabila Situasi Tidak Memihak Kepada Kita

Aku tidak menyalahkan sesiapa di atas peristiwa yang berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa. Aku anggap ini adalah dugaan orang yang berpuasa, menguji kesabaran dan juga kebijaksanaan aku menyelesaikan masalah. Aku akui kesilapan ataupun kecuaian datang daripada aku sendiri dek kerana terlupa tarikh-mungkin terminum air yang ada semut barangkali.

Namun begitu, aku telah mencuba sedaya upaya aku untuk memperbetulkan kesilapan itu-pada ketika itu dalam kepala aku ni dah terbayang-bayang wajah ayahanda.Dah terngiang-ngiang kat telinga ayat-ayat yang bakal keluar sekiranya usahaku itu mencapai buntu. Aku hanya mampu beristighfar dan tidak mahu mengalah-aku mencari dan menggunakan inisiatif lain, mana yang boleh belasah je.Jam dah nak dekat kul 10.30 ni. Kalau tak..I'm DEAD. Nak dijadikah cerita, usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berhasil juga - Mangsa keadaan CDM yang tidak berfungsi, dah tiga tempat ni. Last aku pecut ke Taman Sri Tebrau, jauh wei..Tapi dah terlambat. Aku tengok jam - 10.38..Adoi..Aku PASRAH, Ya Allah..

Aku pulang dengan wajah hampa. Siap sedia dimarah.

P/S : Ada hikmah disebalik semua ini. Semoga aku tak lupa lagi - makan kismis banyak2!

Wednesday, August 11, 2010

Untuk Kamu Wahai Si Rumput Yang Cantik



P/S : I Love You - teringat cerita ini juga..
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .