RSS

Monday, March 23, 2009

tommy ku dan johnny ku..

alkisahnya..johnny sekarang suke shi-shi sepah2..geram aku..permasalahan itu ku ajukan kepada personal doctornya Dr. Joe, beliau mengesyorkan aku supaya johnny di castrade aja..biar kurang hormonnya..so, saturday morning, on the way to my office, aku dropkan johnny di klinik..kasi potong!!untuk kebaikan dia gak..mana taknya, kalau merayap petang baru balik..then, badan kotor-kotor main kat mana entah..mandi pun tak guna, nanti kotor balik..pasir-pasir melekat kat bulu dia..geram aku..anak yang sorang nih kerenahnya macam2..petang sabtu aku ingatkan nak bawak johnny balik, tapi dia still mabuk..anasthetic tak hilang lagi..so, boarding 1 malam kat klinik..

tommy pulak..semalam aku layan dia la..dia kurang sihat sikit, kena flu..aku memang plan nak bawa gi klinik..takut demam pulak..masa belai2, usap2 kepala dia,aku rasa cam ada kuping2 keras tau..ingatkan ape, aku belek2 la, macam luka je..tapi bila sampai klinik, Dr. check, kena ringworm..boleh menyebabkan botak..selain kat kepala, leher, tangan dan tapak kaki pun kena infection gak..so, Dr. sapu ubat dan kena makan ubat la..selain itu, tommy dan johnny aku suruh Dr. inject vaksin..biar tak sakit-sakit selalu..then, aku bawa mereka pulang..

berat tommy = 6.9 kg..sangat gemuk untuk kucing yang berumur 2 tahun.. johnny pulak, 5.9 kg..baru berumur 1 tahun :-P

Wednesday, March 18, 2009

Selamat Pengantin Baru





Selamat Pengantin Baru kepada Olynn dan Sham, juga kepada Joe dan Linda..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..


Tuesday, March 17, 2009

Salam Maulidur Rasul..

Rasulullah..
dalam mengenangmu..
kami susuli lembaran sirahmu..
pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran..

Engkau taburkan pengorbananmu..
untuk umatmu yang tercinta..
biar terpaksa tempuh derita..
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Tak terjangkau tinggi pekertimu..
tidak tergambar indahnya akhlakmu..
tidak terbalas segala jasamu..
sesungguhnya engkau Rasul mulia..

Tabahnya hatimu menempuh dugaan..
mengajar erti kesabaran..
menjulang panji kebenaran..
terukir namamu di dalam Al-Quran..

Salam Maulidurrasul..mungkin belum terlewat lagi untuk aku mengucapkannya..lagu di atas ini pernah aku nyanyikan dulu bersama kumpulan nasyid sekolah ketika pertandingan nasyid peringkat zon sekolah rendah sempena majlis sambutan maulidur rasul sebagai vokalis utama..masa tuh version Kumpulan Hijjaz untuk lagu nih belum ada lagi..he he..

This weekend kalau tak silap aku ada majlis sambutan Maulidurrasul di Kg. Dato' Bentara (nenek & atok aku pernah duduk sini dulu)..aku tidak mahu ketinggalan untuk turut serta..tahun lepas aku tak dapat ikut, kerana masih di Segamat..

Wednesday, March 11, 2009

owh it's march!!

Date : 01 March 2009

pagi2 lagi aku dah membangunkan diri kerana majlis pertunangan kazen aku, rizal..aku menyiapkan diri seawal mungkin kerana kalo bab2 bersiap, aku memang la lambat..aku mengenakan baju kurung moden warna silver yang baru siap dijahit semalam oleh auntie aku dan make-up sesimple yang boleh..aku memang tak suka make-up tebal2, rasa muka cam hantu je..

kaki ku masih terasa kesengalan kerana mencari chocolate ferrero roche semalam bersama jijie..chocolate tuh nak buat hantaran..entah mengapa, susah pulak nak dapat..akhirnya kami ke tesco plentong..dek kerana itu, aku tidak memakai kasut tumit tinggi..wakaka..pakai slippper je..

well..kami berkumpul di rumah mak ngah lebih kurang pukul 9.30pagi..mak ngah da siapkan breakfast sebelum kami bertolak..sambil menunggu ahli keluarga yang lain datang..

lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami bertolak ke segamat..berkonvoi 8 buah kereta..kami berkumpul di exit yong peng selatan sebelum meneruskan perjalanan ke bukit siput, segamat..da lama aku tak memandu ke segamat, terasa jauh pulak..hehe..sesekali aku kerling ke arah pokok chocolate yang dipegang oleh jijie..gerammnye!!rasa cam nak petik je..

kami singgah di masjid bukit siput untuk solat zuhur..kemudian terus ke rumah bakal tunang kazen aku tuh dengan membawa 9 dulang hantaran..majlis dimulakan dengan pembuka bicara oleh wakil pihak lelaki..berbalas2 pantun lagi!!ternyata orang melayu ini penuh dengan adat dan kesopanan..

then, majlis sarung cincin..kemudian, ambil gambar sikit2..pastu makan..time makan nih la yang paling best..perut aku memang lapar..huhu..alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..hujan pun segan2 nak turun even langit da gelap..tapi all the way balik ke jb, hujan turun mencurah2..



papepun, aku ucapkan tahniah kepada kazen aku rizal dan tunangnya, lynn..semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke kahir hayat..

p/s : kawan, ex-bf, ex-scandal semua da kawen..aku jer yang belum sampai jodoh lagi..wakaka..
 
Copyright SUKA AKU?BENCI AKU? 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .